Sabtu, 16 Mac 2013

07 di taiping - Google Blog Search

07 di taiping - Google Blog Search


Rock ooo dan kenangan zaman remaja <b>di Taiping</b> | cahayachenta

Posted: 11 Mar 2013 02:56 AM PDT

semalam, tanggal 10/3/13 yang jatuh pada hari ahad yang membosankan, aku dan housemate terdetik hati nak habiskan duit je... walaupun duit memang dah tersedia habis pun sebab hari sabtu tu aku pergi jalan2 kat cameron highlands... nanti aku ceritakan pasal percutian tu pulak..
so semalam kami menonton wayang di Space U8... kitorang decide nak tengok cerita Rock OOO.. walaupun housemate aku tu dah tengok pun, tapi dia memang jenis suka tengok sesuatu cerita tu berkali2... aku pun pelik... tapi ok la.. ada juga orang teman... 
as u know la... rock oo ni memang cerita lawak... kalau ikut tahap lawak dia, memang di kira menjadi la... kalau tak, takda la sampai aku lenguh muka sebab ketawa... 
tapi bukan itu yang aku nak katakan... actually masa tengok citer ni, aku asyik tersenyum sorang2 jer... mana tak nya, kebanyakan lokasi dalam cerita ni merupakan lokasi yang epik di Taiping... sampaikan aku rasa bangga sebab aku orang Taiping... so semua lokasi dia tu, aku tahu kat mana...
1) ketika scene mereka berempat berendam dalam tasik kat Taiping Lake Garden... tak dalam rupanya tasik tu...
2) ada 1 scene diorang tengah mendaki tangga sambil bawa peralatan muzik antaranya drum.. actually bangunan tu terletaknya food court yang berdekatan stesyen teksi taiping... yang menjadikan tempat tu epik adalah, dah lama aku tak jejakkan kaki kat situ... kalau tak masa zaman aku sekolah menengah dulu, kat bangunan tu ada 1 pasaraya iaitu Fajar, terletak kat tingkat 2... nasa tu taiping takda lagi tesco bagai... so nak shopping apa2 sama ada ke Fajar tu atau ke The Store/Taiping Jaya je... tapi Fajar tu tak lama tu ditutup sebab tak laku kot... orang kerja ke The Store je... so sejak2 Fajar tutup, aku dah tak jejakkan kaki dah untuk mendaki tangga tu...
3) scene ketika diorang nak naik bas  ke KL... bas putih yang ada jalur biru tu.. adoiyaiii, serius masa tu aku nak gelak cukup2... 
"bila pulak bas tu pergi KL... bukan bas tu sampai ke Ipoh je ke??? " 
hanya orang pure Taiping je tahu apa yang aku katakan ni... hehe... by the way, bangga sangat bila ada filem yang menjalankan penggambaran di kampung sendiri... terus terasa nak balik Taiping

“Bukit D.O” – Lokasi Riadah Popular <b>Di Taiping</b> #1 | Susu Sejat

Posted: 21 Jan 2013 05:56 AM PST

Tidak rugi beriadah di Bukit D.O

Siapa yang pernah berkunjung ke bandar warisan Taiping, atau pun pernah/sedang menetap di Taiping, mesti tidak asing dengan lokasi yang dikenali sebagai "Bukit D.O". Lokasi ini merupakan antara tempat beriadah yang agak popular di Taiping memandangkan lokasinya agak strategik, berdekatan dengan Taman Tasik Taiping. Terletak bersebelahan padang Esplanade, nama "D.O" diberikan kepada bukit kecil ini yang bermaksud "District Officer" (Pegawai Daerah) kerana di puncak bukit ini terletaknya kediaman Pegawai Daerah Taiping sejak zaman penjajahan British lagi.

"Bukit D.O" bersebelahan dengan gelanggang tenis dan padang Esplanade Taiping.

Inilah "Bukit D.O", bersebelahan dengan gelanggang tenis dan padang Esplanade Taiping. Rendah sahaja bukitnya.

Bukit ini tidak lah sebesar atau setinggi Bukit Larut, ia sekadar tanah yang sedikit tinggi dari paras biasa dan jarak 'track' (laluan) dari kaki sehingga puncak (kediaman Pegawai Daerah) sebenarnya tidak sampai pun 300m. Laluannya pula bertar, berlingkar dari bawah sehingga atas dan muat untuk dilalui sebuah kenderaan sahaja pada satu-satu masa. Dipendekkan cerita, bukit D.O merupakan "istana" pegawai daerah sejak zaman British dahulu kerana dari puncaknya saja boleh nampak hampir keseluruhan jajahan larut (bandar Taiping) terutamanya Taman Tasik Taiping, yang mana dahulunya merupakan lombong bijih timah. Kelebihan kedudukan kediaman ini membuatkan pegawai daerah mudah memantau aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekitar jajahan larut.

Laluan masuk ke "Bukit D.O", betul-betul terletak sebelah kanan jalan raya yang anda lihat dalam gambar sebelumnya.

Laluan masuk ke "Bukit D.O", betul-betul terletak sebelah kanan jalan raya yang anda lihat dalam gambar yang pertama tadi.

Walaubagaimanapun, sejak Malaysia mengecapi kemerdekaan, adalah menjadi perkara biasa untuk rakyat-rakyat marheim menggunakan laluan ke kediaman pegawai daerah ini sebagai lokasi beriadah harian. Ada yang berjalan, ada yang berjogging, ada juga yang melakukan aktiviti regangan sambil melihat keindahan Taman Tasik Taiping dari jauh; tidak keterlaluan untuk mengatakan "Bukit D.O" adalah lokasi beriadah warga Taiping yang ketiga popular selepas Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping itu sendiri.

Tugu rasmi sebelah laluan masuk

Tugu rasmi sebelah laluan masuk

Apa yang membuatkan saya begitu tertarik untuk mereview "Bukit D.O" dalam entri kali ini? Bukankah telah dikatakan tadi jarak laluan dari kaki ke puncak tidak sampai pun 300m, terlalu pendek untuk digunakan sebagai laluan berjogging bukan?

Inilah kediaman Pegawai daerah Taiping yang terletak di puncak "Bukit D.O". Bangunan ini telah menjadi kediaman rasmi Residen British di taiping sejak zaman pendudukan British.

Inilah kediaman Pegawai Daerah Taiping yang terletak di puncak "Bukit D.O" yang saya maksudkan tadi. Bangunan ini telah menjadi kediaman rasmi Residen British di Taiping sejak zaman pendudukan British lagi. Anda tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman ini (berpagar) tanpa urusan. Kalau sekadar jalan-jalan di sekitarnya tak jadi masalah.

Ada 2 faktor mengapa saya tertarik berkunjung ke "Bukit D.O" ini. Faktor pertama adalah suasananya, yang mana cukup segar dan menenangkan, jauh dari suasana hiruk pikuk bandar dan anda pasti kagum dengan kecantikan alam yang ada di sekelilingnya meskipun lokasi Bukit D.O ini sebenarnya hanya bersebelahan dengan bandar Taiping. Tak percaya? Cuba perhatikan gambar-gambar yang sempat saya ambil ketika beriadah di sana pagi tadi.

210120131389

Hujung laluan yang anda lihat itu adalah laluan masuk ke kediaman Pegawai Daerah. Kediaman Pegawai daerah terletak di sebelah kanan (atas bukit) jika anda masuk dari laluan ini . Gambar ini diambil ketika saya menuruni bukit.

Boleh berhenti sekejap dan bersantai di tepi laluan, melihat keindahan persekitaran Taman Tasik Taiping

Boleh berhenti sekejap dan bersantai di tepi laluan, melihat keindahan persekitaran Taman Tasik Taiping

Boleh nampak Bukit Larut juga dari sini..

Boleh nampak Bukit Larut juga dari sini..

Jatuh cinta sekejap..

Jatuh cinta sekejap..

Beruk juga tumpang beriadah, jangan risau beruk-beruk ni tak pernah ganggu manusia beriadah - cuma perasan juga sejak akhir-akhir ini beruk yang ada di sekitar Taman Tasik Taiping ni dah tak macam dulu, dulu beruk-beruknya berbulu coklat biasa, sekarang ni dah lain, berbulu hitam dan ada 'ring' putih pada mata depa. Mungkin spesies ni dah jadi ramai dan 'sesar' populasi' spesies yang berbulu coklat tu (Beruk-beruk spesies berbulu coklat jadi takut dan lari ke tempat lain, logik tak?)

Beruk juga tumpang beriadah, jangan risau beruk-beruk ni tak pernah ganggu manusia beriadah – cuma perasan juga sejak akhir-akhir ini beruk yang ada di sekitar Taman Tasik Taiping ni dah tak macam dulu, dulu beruk-beruknya berbulu coklat biasa, sekarang ni dah lain, berbulu hitam dan ada 'ring' putih pada mata depa. Mungkin spesies ni dah jadi ramai dan 'sesar' populasi' spesies yang berbulu coklat tu (Beruk-beruk spesies berbulu coklat jadi takut dan lari ke tempat lain, logik tak?)

Faktor kedua, ia merupakan lokasi yang agak strategik untuk melakukan latihan interval, terima kasih kepada ciri-ciri fizikalnya sebagai "mini" bukit tetapi mempunyai laluan yang pendek. Mengapa saya berkata begitu? Dengan jarak laluan yang hanya kurang dari 300m ini, anda boleh memanfaatkan untuk melakukan latihan interval seperti berikut:

Ketika Mendaki, laluan "incline" = pecut

Ketika Mendaki, laluan "incline" = pecut

1 – Ketika Mendaki Bukit – anda memecut atau berlari dengan pace yang lebih pantas dari biasa, ditambah pula dengan bebanan "incline" yang ada (melawan graviti) pasti membuatkan pecutan lebih mencabar dari berlari di atas laluan yang biasa (landai). Berlari pantas dari kaki bukit hingga ke puncak kediaman memakan masa kira-kira 1 minit (60 saat).

Ketika Menuruni, laluan "Decline" = berjalan (rehat)

Ketika Menuruni, laluan "Decline" = berjalan (rehat)

2 – Ketika Menuruni Bukit – apabila sampai ke puncak, anda perlu turun semula ke bawah dan kesempatan ini digunakan untuk anda 'berehat' secara berjalan santai menuruni bukit (kerana menuruni bukit tidak memerlukan banyak tenaga dan lebih mudah) – oleh itu untuk turun semula ke bawah anda hanya perlu berjalan kaki sahaja yang memakan masa kira-kira 1 minit setengah ke 2 minit (90 saat – 120 saat).

Kedua-dua aktiviti di atas dikira sebagai 1 rep (1 kali ulangan). Ulangi kembali langkah yang sama untuk 5 atau 6 atau 7 kali. Tempoh keseluruhan latihan interval adalah kira-kira 20 minit sahaja, amat singkat, tetapi kesan "after burn" selepas melakukannya pasti membuatkan anda tidak menyesal beriadah di sini. Sekiranya anda tinggal di Taiping dan sering berjogging mengelilingi Taman Tasik Taiping (yang mana sejauh 6km untuk satu pusingan), sekala-sekala cubalah 'mencabar' keupayaan diri memecut mendaki bukit di "Bukit D.O". Tambahan pula, latihan interval sangat bagus untuk mereka yang hendak meningkatkan stamina dan membakar lemak. Tidak rugi beriadah di "Bukit D.O"

Kalau nak lebih rintangan, boleh guna laluan pejalan kaki ini yang merupakan laluan alternatif ke kediaman Pegawai British

Kalau nak lebih rintangan, boleh guna laluan pejalan kaki ini yang merupakan laluan alternatif secara terus ke atas. Disebabkan ia tidak "melingkar/memusing bukit" seperti laluan tadi, laluan ini lebih singkat jaraknya tetapi lebih cerun.

Sekiranya anda tinggal berdekatan Bandar Taiping atau bercadang untuk bercuti di sini suatu hari nanti, saya sangat mencadangkan agar anda tidak melepaskan peluang untuk berkardio atau melakukan larian interval di "Bukit D.O" ini. Jangan bimbang, meskipun di puncak itu adalah kediaman keluarga pegawai, tetapi mereka tidak akan sesekali memarahi anda hanya dengan beriadah di sini, malah kedatangan penduduk setempat untuk melawat lokasi bersejarah dan beriadah di sini adalah amat dialu-alukan; (dengan syarat) selagi anda tidak mencerobohi kawasan kediaman mereka yang berpagar tanpa urusan.

Cuba teka apa yang anda nampak di sebalik rimbunan pokok ini?

Cuba teka apa yang anda nampak di sebalik rimbunan pokok ini?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

DD-thumbnail.
Sudahkah anda membuat tempahan untuk memiliki Diari Diet? Manuskrip Diari Diet sudah dihantar ke syarikat percetakan dan proses cetakan dianggar siap pertengahan Februari depan. Namun proses mengambil tempahan telah pun dibuka, tempahlah sekarang di sini dan jadilah antara yang pertama memilikinya nanti!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan