Isnin, 22 Ogos 2011

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


SK Sungai Itek: Selia Bantu Fasilinus PPD <b>Kinta</b> Selatan <b>di</b> SK <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2011 09:33 PM PDT

Sk Sungai Itek telah di datangi oleh Fasilinus Daerah Kinta Selatan yang terdiri darpada En, Laidi, En Suhaidi, En Fadly dan En Shahbudin. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk selia bantu bagi ujian saringan 5 yang akan datang nanti. Pn. Norazian, Pn Normah dan Pn. Siti Rugayah telah menerima selia bantu oleh pegawai fasilinus PPD Kinta Selatan.

07 di padang rengas - Google Blog Search

07 di padang rengas - Google Blog Search


SUARA PERAK: Penubuhan Cawangan Baru DAP <b>di Padang Rengas</b>

Posted: 18 Apr 2011 10:01 PM PDT



Pada 27/3/2011, jam 3.00pm, program pelancaran cawangan baru DAP di Padang Rengas telah disempurnakan di sebuah kedai di Pekan Padang Rengas.


Lebih 100 orang tempatan yang terdiri daripada ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India telah menghadiri program pelancaran ini. Juga turut hadir adalah wakil-wakil dari parti PAS dan PKR dan turut serta adalah YB Zainuddin ADUN Lubok Merbau.


Borang keahlian diserahkan kepada YB V. Sivakumar dalam program pelancaran tersebut.


Seramai 71 orang ahli telah membentuk cawangan DAP Padang Rengas.


Kedua-dua ADUN telah memberi ucapan.


YB Sivakumar menyentuh 2 perkara penting dalam ucapannya :


1) Ahli Parlimen Padang Rengas Dato Nazri kata MIC tidak patut bertanding di Negeri Perak

2) Beliau juga ada menyebut dengan sinis bahawa tidak salah menonton video lucah di sebuah hotel kerajaan


YB V. Sivakumar juga mahu ketiga-tiga parti bergabung tenaga dalam PRU-13 di kawasan Padang Rengas untuk memenangkan PR di DUN Perak.


Program diakhiri dengan pemilihan jawatan kuasa pro-tem, yang dipengerusikan oleh Lim Yew Seng dan setiausaha cawangan, Puan Hawatie.


Majlis diakhiri dengan jamuan teh untuk semua hadirin.
 
本人于27.3.2011下午3点到硝山(PADANG RENGAS )街上某店,出席筹备成立行动党新支部的典礼。


大约整百位当地居民出席了这项活动,而公正党及回教党方面也有派代表出席。
 LUBOK MERBAU 的州议员YB 再努丁(ZAINUDDIN)也出席了当天的典礼。



这个新支部共有71位党员在当中,其中有华巫印三大民族在内。所有的入党表格和资料都移交到本人手上。



本人被邀致词时,有关近日2项热门的事项,本人作出了分析给新党员听解:-


1. PADANG RENGAS 国会议员DATO NAZRI 指国大党不该竞选霹雳州议席。

2. DATO NAZRI表示邀记者在政府酒店观赏色情光碟事件是没有错的。


最后本人在致词时更表示期望硝山的民联成员们能够 同心合力,并肩作战, 迎向来届大选。



大会接着遴选出新支部筹委会,由LIM YEW SENG 担任主席,HAWATIE 担任秘书一职。散会后,大家边用茶点边交流,场面温馨融洽。

07 di kamunting - Google Blog Search

07 di kamunting - Google Blog Search


FaizalAnuar ™: KECOH <b>DI KAMUNTING</b>

Posted: 10 Jun 2009 02:30 AM PDT

Daripada sumber (http://idhamlim.blogspot.com/2009/06/kecoh-di-kamunting.html)

SAYA BARU BALIK CUBA UNTUK MEMBUAT TINJAUAN DI KAMUNTING BILA MENDENGAR ADA BERLAKU KEKECOHAN DISANA. ATAS NASIHAT KELUARGA SAYA TIDAK BOLEH PERGI KE SITU. NAMUN, SAYA TELAH MENGHUBUNGI BEBERAPA ORANG KAWAN YG TINGGAL DI SANA UNTUK MENGETAHUI KEADAAN YG SEBENARNYA. MEREKA BERCERITA ADA SEKUMPULAN ORG INDIA CUBA UNTUK MENYAMUN ORG MELAYU DI KAMUNTING. TERUK ORG MELAYU TU DIKERJAKAN INDIA2 TERSEBUT HINGGA SEORANG MELAYUTU KOMA DAN TELAH MENINGGAL DUNIA.

BILA KWN2 YG MELAYUTU TAHU CERITA BERKENAAN MEREKAPUN SALING MENGHUBUNGI KWN2YG LAIN MENCARI ORG2 INDIA YG MEMBUAT ANGKARA TERSEBUT. SAYA DENGAR PEKIDAPUN DAH MASUK CAMPUR. DEPE DPT JUMPA 5 ORG INDIA YG BUAT ANGKARA TERSEBUT MAKA BERLAKULAH PERGADUHAN. ADA SEORANG INDIA PUTUS PERGELANGAN TANGAN. MANGSA2 KEJADIAN ADA DI HOSPITAL TAIPING LANI. PTG TADI POLIS TELAH MENGARAHKAN KILANG2 YG BERADA DIKAWASAN KAMUNTING TUTUP OPERASI AWAL YAKNI JAM 6 PETANG.

BERITA INI MEMANG MENGGEMPARKAN. KITA TIDAK MAHU BERLAKU 13 MEI LAGI. KWN SAYA BERITAHU, MLMNI INDIA AKAN BUAT HURU HARA DIKAWASAN TERSEBUT BAGI MEMBALAS DENDAM. UNTUK MAKLUMAN YB, KAWASAN SEKITAR KEDAI SELERA MALAM KAMUNTING, KE KORNER, PETRONAS, BUS EXPRESS KAMUNTING PENUH DGN ORG2 MELAYU DAN POLIS SEKARANG. SAYA MENYERU KEPADA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA DI KAWASAN TERSEBUT, JGN MAINKAN ISU PERKAUMAN. SAMA2 KITA JAGA KEHARMONIAN HIDUP DI MALAYSIA. YG BUAT HALNI ORG YG TAK TAHU UNDANG2. BERTINDAKLAH SECARA BIJAK........WALLAHUAKLAM


ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Lagi petikan

aku skrg ada kt kamunting. dari cerita yang aku dengar, ada rombongan india dari sg sipur kena tahan odw ke kamunting, pastu rombongan melayu banjar dari Bagan serai kena tahan road block kat area2 semanggol. 3 orang dah mati- 2 melayu, 1 india. malam ni, memang ada perintah berkurung tak rasmi. takut2 ada pihak yang ingin membalas dendam. polis dari bagan serai dan kuala kangsar dah dipanggil untut turut sama mengawal keadaan yg menyedihkan terdapat beberapa mangsa yang terlibat, tidak tahu menahu akan kejadian ni. diorang lalu, tetiba tak pasal-pasal kena parang. mungkin apa yang aku dgr, tak sama dengan apa yg korn dengar. aku pun tak berani nak kuar rumah sebab polis jiran aku ni, pesan, nak selamat, jgn kuar umh malam ni

Aku harap jgn diperbesarkan benda jgn mainkan isu perkauman waktu skrang nie.Kita rapatkan sesama kaum..Jgn jdi mcm Kg Medan dan P Nenas hari tu..
Harapnya Polis dapat menyelesaikan pergaduhan begitu.Wakpe kita bergaduh dan ditertawakan oleh kaum lain..Malaysia ada undang2 beb..Nak gado pegi Thailand tu yg Umat Islamnya dibunuh dgn kejam sekali...Allah hu Akbar !!!

Ahad, 21 Ogos 2011

07 di pangkor - Google Blog Search

07 di pangkor - Google Blog Search


2nd Anniversary at Pulau <b>Pangkor</b> (Part 1) - Blogspot

Posted: 25 Jul 2011 06:21 PM PDT


                 16-18 Julai 2011 kami sekeluarga telah ke Pulau Pangkor sempena 2nd anniversary saya dan suami. Memang dah lama betul teringin ke Pulau Pangkor. Sejak belajar kat UTP dulu.. Before masuk UIA.. Kami bertolak dari Klang menuju ke Lumut melalui Kapar, Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Teluk Intan, Manjung..  Petang tu agak lambat kami bertolak sebab saya  ada kelas tuisyen.  Kami tiba di lumut pada jam 7.15 ptg. Perjalanan mengambil masa 3 jam 15 min dari rumah kami di Rantau Panjang, Klang. Sebelum tu, sempat singgah di Mcd manjung untuk beli bubur Asyraaf. Sampai je di jeti Lumut, dah ada feri yang menunggu. Kami beli tiket dengan harga RM 10 untuk pergi dah balik. Disarankan naik Mesra Feri sebab feri yang lain cam tak bpe best je. Cam rendah dan lemas. Seronok betul dapat menghirup udara laut yang segar. Asyraaf sangat excited sebab ni first time dia naik feri. Sempat la jugak bergambar dalam feri walaupun hari dah beransur gelap. 



           Perjalanan nak ke pangkor mengambil masa lebih kurang 30min ( Xsempat nak set masa. Tp agak2 30 min la..). Feri akan berhemti di jeti sungai pinang sebelum tiba di Jeti Pangkor. Sungai Pinang kat Pangkor jugak. Tapi  disini tiada perkhidmatan teksi disediakan.
          Sangat teruja bila sampai di jeti pangkor sampaikan tertinggal bubur Asyraaf atas feri. Kelam kabut papa g amik. Nasib baik ada lg.. Kami menaiki van pink (seperti dalam gambar) ke chalet dengan harga RM15 1 van. 
                   Sampai di chalet, kami berehat dan solat. Kemudian terus turun pusing2 sekitar teluk nipah. Jalan kaki je.. sebab ,,g dekat sangat chalet dari pantai. Memang happening kawasan teluk nipah. Banyak chalet dan gerai tertumpu disini. Weekend di Pangkor sangat pack. .Ramai betul manusia membanjiri Teluk Nipah.  Penat ronda n isi perut, kami pulang ke chalet dan tido. Bersambung next time.. nak g shopping jap..;)

07 di langkap - Google Blog Search

07 di langkap - Google Blog Search


Kunjungan Haji Wahid ke bazar Ramadhan Setiu disambut &#39;panas&#39;

Posted: 16 Aug 2011 02:42 PM PDT

SETIU - Kunjungan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang turut di sertai Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Rashid dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak ke kawsan Setiu disambut 'panas' wa;aupun cuaca hujan.

Ia adalah kerana, selain ahli-ahli dan penyokong PAS yang menunggu-nunggu kedatangan pemimpin baru Badan Perhubungan PAS Terengganu itu, mereka telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat dan laporan.

Menurut Haji Muhyiddin, antara cerita 'panas' di kawasan Parlimen Setiu adalah tindakan kerajaan Umno/ BN Terengganu 'memaksa' para peserta kelompok padi Kampung Jelapang menyerahkan kawasan penanaman mereka untuk dijadikan 'mini estate'.

"Kita (PAS) mendapt maklumat, kerajaan Umno terus menipu rakyat, kali ini kes kawasan tanaman padi kampung Jelapang, di Langkap Setiu,

"selain itu, ada bangunan yang dibuat untuk projek dan pitih, di katakan sebagai sebuah 'surau', tetapi tidak digunakan dan terbiar,"terang Haji Muhyiddin ketika ditemui.

[Gambar - Pesuruhjaya PAS Terengganu, haji Wahid menunjukkan bakat, menggoreng murtabak, di Bazar Ramadhan Sungai Tong, Langkap, dalam kunjungannya semalam]

Justeru, katanya, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah meminta PAS Kawasan Setiu untuk mengemukakan laporan dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Antaranya, Pesuruhjaya PAS yng juga ADUN Wakaf Mempelam dan Timbalan Pesuruhjaya 3, yang juga ADUN Bukit Tunggal, akan meminta penjelasan kerajaan Umno dalam sidang DUN pada 22 dan 23 Ogos ini,"katanya.

Turut bersama dalam 'jelajah bazar Ramdhan' kali ini adalah Pngerusi DAP Kuala Terengganu, Encik Ng Chai Hing, Yang Di Pertua PAS Setiu, Ustaz Pauzi Muda, AJK Badan Perhubungan Dr. Azman Ibrahim.

***Sila ke buletinonline.blogspot untuk lihat gambar-gambar kunjungan ke bazar Sungai Tong. Langkap dan Sungai Tarung, Permaisuri

07 di parit buntar - Google Blog Search

07 di parit buntar - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

07 di teluk intan - Google Blog Search

07 di teluk intan - Google Blog Search


UMNO Online - UMNO <b>Teluk Intan</b> Belajar Dari Kekalahan PRU 12

Posted: 18 Aug 2011 02:07 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

UMNO Teluk Intan Belajar Dari Kekalahan PRU 12

Oleh: Azlina Rosdy

TELUK INTAN, 18 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, Datuk Idris Hashim berkata pihaknya telah mula merangka kerja selepas Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dengan mengkaji segala kelemahan dan kesilapan.

Jelas beliau kelemahan dan kesilapan yang dikesan itu akan diperbaiki agar rakyat kembali memberikan sokongan penuh kepada parti.

Terangnya, berkat usaha keras UMNO Bahagian dan juga kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kini dapat dilihat semakin ramai masyarakat kembali menyokong Barisan Nasional (BN) terutamanya pengundi kaum India.

"Kita sedar PRU sudah semakin hampir dan banyak yang perlu dilakukan untuk memastikan kita terus memerintah. Sebenarnya tugas-tugas utama bagi menghadapi PRU akan datang telah dilaksanakan oleh Perdana Menteri sendiri dan kini tugas UMNO Bahagian pula memainkan peranan untuk memantapkan lagi parti dan mendapatkan kepercayaan rakyat mengundi BN.

"Kekalahan semasa PRU yang lalu benar-benar memberi perangsang dan kesedaran kepada kita agar segera memperbaiki segala kelemahan yang ada. Isyarat telah diberi, sekiranya kita terus leka dan tidak mengambil sebarang iniasatif sudah pasti kita tidak mampu meraih perhatian rakyat di Teluk Intan ini," ujarnya.

Ketika ditanya mengenai gerak kerja yang diatur menjelang PRU 13, Idris menjelaskan, ianya diatur mengikut peti undi bersama-sama agensi kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, cara ini jauh lebih berkesan mendekati pengundi daripada mengadakan program besar-besaran yang impaknya tidak diketahui terutamanya di kawasan pembangkang.

Selain itu, beliau turut mengingatkan agar semua ketua bahagian dan ahli parlimen terus memberikan yang terbaik untuk parti agar hasrat mendapat majoriti dua per tiga tercapai.

"Saya berharap semua ketua bahagian dan ahli parlimen yang ada sekarang ini cubalah untuk 'memenangi' kerusi yang diduduki sekarang ini. Maksudnya buatlah kerja dengan baik dan boleh dinilai oleh rakyat. Sekiranya ahli parlimen yang ada sekarang ini berjaya menang di PRU akan datang, BN dah menang dan boleh memerintah. Bahagian-bahagian lain sekiranya menang merupakan bonus kepada parti kerana kita mahu BN mendapat dua pertiga majoriti.

"Saya berpendapat dan berharap agar jangan ada pihak dalam UMNO dan BN yang mempertikaikan siapa yang akan menjadi calon di PRU akan datang. Siapa yang terpilih, kita berikan sokongan penuh kerana sikap terlalu ingin memegang jawatan ini bakal merosakkan parti," ujarnya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 18 August 2011 Pada 5:07 PM

House PK: HANGIT BERAPI!!! LAGI-LAGI CERITA KETUA UMNO BAHAGIAN <b>...</b>

Posted: 15 Aug 2011 10:00 PM PDT

Cerita tentang Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan ini pernah tersiar dalam Perak Today. Apa masalah dia yang sebenarnya, aku sangat yakin orang UMNO Teluk Intan yang lebih arif dan lebih faham. Dan beberapa hari lepas, aku terima lagi SMS daripada orang tertentu yang sangat bimbang melihat situasi UMNO di Teluk Intan, khususnya di Changkat Jong.
tolong parpu kari tgk sikit ketua bahagian umno teluk intan perak ni....pru 12 dia kecundang dgn pas walaupun secara tradisinya dun changkat jong bn punya...untuk pru13 ni kalau dia jgk awal2 lagi akan hancur..yang kata dia kuat orang keliling dia je..dgr citer dia ni sungguh rapat dgn pm tapi di kawasan apa hal pun tak amik tahu...semua majlis dia di kl aje..ada jgk dgr maklumat kalau anjurkan majlis di kl sanggup habis puluhan ribu...orang miskin di kawasan tak pandang pun...malahan orang kampung pun tak kenal dgn dia...tolong la siasat parpu...
Aku tak tahulah kalau Idris Hashim masih lagi nak bertanding di Changkat Jong atau mana-mana DUN dalam Parlimen Teluk Intan. Ada yang kata, dia dah tak nak sebab dah sedar diri, dia tak dikehendaki dan digemari oleh pengundi. Ada pula kata, dia dah bertambah yakin untuk menang sebab indikasi yang ditunjukkan menerusi sokongan rakyat Perak kepada Zambry Abdul Kadir. Jadi dengan kata lain, dia mengharapkan sokongan kepada Zambry akan tempias juga untuknya.

PRU13 adalah zaman untuk UMNO-BN menang. Aku rasa, Pakatan pun takkan ulangi semula main letak calon macam PRU12. Dan aku cukup yakin, Pakatan pun tahu, diorang menang pada PRU12 bukan sebab diorang kuat tapi sebab rakyat menyampah sangat dengan Tun Don dan kitol menantu penyapunya.

Kalau Idris Hashim masih juga perasan dia akan menang di Changkat Jong, aku rasa dia macam letak tali gantung kat leher dengan sebelah kakinya sudah tergantung. Kalau masa PRU12, dia boleh tergolek dog kat Changkat Jong walaupun dia berjawatan Pengerusi PNS, kali ini juga keadaannya akan sama, bahkan lebih teruk lagi.

Sebabnya mudah, macam petikan emel yang aku siarkan di atas tu la...

Tapi masalah orang politik ni ialah, diorang sentiasa perasan diorang dikehendaki walaupun ayam itik pun pakat gelak duk tengok gelagat politik perasan diorang.

07 di ipoh - Google Blog Search

07 di ipoh - Google Blog Search


Life is Simple LA!!!.: Tempat yang menarik <b>di Ipoh</b>

Posted: 23 Jul 2011 02:51 AM PDT

Ketika saya dan kawan-kawan saya berbincang mengenai tempat-tempat menarik di tempat tinggal "hometown" la,saya akan terfikir apa yang menarik di Ipoh.Aku sendiri pun  tak tahu.Selepas "flashback" beberapa kali saya meninjau di kawasan Ipoh.Saya dah tahu..Berikut adalah tempat menarik di Ipoh.
Tapi sebelum itu,saya mohon kepada pembaca agar buat satu "post" mengenai tempat menarik di hometown anda,dan tinggalkan link pada comment box.Supaya kita dapat share pada blogger lain.
Ini setakat pengetahuan saya.Ada banyak benda perlu diexplore

Kalau pi shopping,tempat yang best ialah kat di IPOH PARADE dan Uda Ocean.Ipoh Parade macam Mid Valley,Nak kata ada Starbucks,Parkson,GSC,Popular Book Shop,Al-Ikhsan dan lain-lain.Kalau Uda Ocean,banyak kedai pakaian contoh kedai tudung,baju Melayu,islamic apparel,dan lain-lain lagi.

Dalam Bab Makanan,Ipoh famous dengan Nasi Ganja. Bukan dadah tau!!! tapi mesti rasa nak Makan Lagi..lol.
Ia halal dan dibuat oleh seorang Indian Muslim guy,Kedai dia located kat Restoran Cina
Detail kat sini http://www.azuanzahdi.com/index.php/2011/03/24/ipoh-food-tour/
http://jelajah-xplorer.blogspot.com/2010/06/nasi-ganja-ipoh-cannabis-rice.html
Lokasi kedai ini ada dalam blog ini

Nak mandi ramai-ramai,pergi sini Lost World of Tambun


dan air trejun kat chemor.tak ada gambar,lokasi dia dekat Imigresen ipoh di taman meru,jelapang,tepi ABIM

Itu yang main di Ipoh,Selain itu yang lagi best ialah Pekan Lama Ipoh.Banyak kedai lama,cantik tau design  dia.Siap ada Little India street macam kat Bangsar KL.


Kemudian ada masjid India Muslim yang dibina pada tahun 1908,located dekat Padang Ipoh
Di blog ini ada cerita mengenai masjid-masjid yang bersejarah di Ipoh.Selain itu,sekolah menengah saya.Dulu sekolah saya pernah digunakan oleh tentera Jepun.Aku sendiri pernah tengok peninggalan dia.
SMK St.Michael nama sekolah saya.Dan,last but not least.Stesen Kereta Api Ipoh.Setiap kali aku nak Ipoh,aku suka naik kereta Api dan turun di stesen yang cantik ini.Sekarang stesen ini famous sebab Keretapi ETS.Ada seorang blogger yang suka mengambil gambar sekitar Ipoh.Visit here to know more about Ipoh.Jgn lupa ceritakan tempat menarik anda di tempat anda.Hantar link kat tempat comment

07 di bukit merah - Google Blog Search

07 di bukit merah - Google Blog Search


Apartment untuk disewa <b>di Bukit Merah</b> Laketown Resort: Rumah Untuk <b>...</b>

Posted: 02 Aug 2011 02:59 PM PDT

Resort living at Bukit Merah Laketown Resort.

- 35 minutes drive from Penang Bridge and 45 minutes drive from Ipoh.

- Studio Apartment.

- Fully furnished : TV, aircond, mini fridge, queen-sized bed, bedside table, 2-seater sofa, kettle, cups & saucers, water heater, dining table.

- Facilities: Swimming pool, gymnasium, sauna, playground, mini-market, laundry, cafes & restaurants, jogging track, wifi.

- Tenancy agreement: at least 1 year.

- Suitable for holiday apartment.

- Rent: RM 450 per month.

- Interested tenant please call 019-4424323

07 di jelapang - Google Blog Search

07 di jelapang - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: RANCANGAN PENGAIRAN <b>JELAPANG</b>, SETIU BERI <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2011 10:39 PM PDT

Oleh: Mohammad Ishak


Menteri Besar mencuba mesin mengetam ketika melawat projek tanaman padi berkelompok di Jelapang, Setiu.


Projek tanaman padi berkelompok di kawasan pengairan Jelapang, Setiu, mula menampakkan hasilnya sebagai pusat pengeluaran padi terbesar di daerah itu apabila pelaksanaan pelbagai projek kemudahan asas untuk petani giat dilaksanakan.

Projek yang dibangunkan pada 2009 membabitkan kos RM48 juta dengan keluasan 173.2 hektar sehingga ini disertai seramai 119 petani yang mengusahakan tanaman padi dua kali setahun.


Antara komponen utama projek itu termasuklah empangan konkrik utama, taliair konkrik, rumah pam, parit tadahan dan jalan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, ketika melawat pembinaan projek itu semalam mahu projek pertanian berkenaan diberi perhatian oleh agensi pelaksanakan bagi mempastikan hasil pengeluaran padi dikawasan itu dipertingkatkan.

Katanya, Jabatan Pertanian juga diminta menukar benih padi sedia ada kepada jenis MR253 kerana ia dijangka dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran selain mampu bertahan jika diserang penyakit.

"Ketika ini petani yang mengusahakan tanaman berkenaan berhadapan dengan masalah serangan penyakit yang menyebabkan hasil tidak memuaskan," katanya ketika menyertai upacara menuai di pengairan Jelapang, Setiu.semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Asha'ari Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Md Yusof Maidin.

Ahmad berkata, kerajaan negeri mensasarkan hasil pengeluaran padi negeri akan mencapai tahap 100 peratus dalam tempoh sepuluh tahun apabila semua projek tanaman padi utama seperti di kawasan Projek Pembangunan Pertaanian Terengganu Utara (Ketara) di Besut, Jelapang di Setiu dan Pengkalan Berangan di Marang, beroperasi sepenuhnya mengikut jadual.

07 di menglembu - Google Blog Search

07 di menglembu - Google Blog Search


Kes samun : Peniaga Maut ditikam dengan gunting

Posted: 07 Aug 2011 01:52 PM PDT

No of View :339

ANGGOTA polis mengangkat mayat Kim Loong (gambar kecil) yang mati dibunuh di Taman Buntong Ria, Menglembu, Ipoh 

 Dalam tempoh empat hari, negeri ini digemparkan dengan tiga kes di mana penjenayah bertindak membunuh pemilik rumah yang diceroboh mereka.

Kejadian terbaharu melibatkan seorang warga emas, Looi Kim Loong, 67, apabila dia ditemui mati dibunuh selepas dua penjenayah yang memecah masuk rumahnya menikam lehernya dengan sebilah gunting dalam kejadian di Taman Buntong Ria, Menglembu dekat sini semalam.

Difahamkan, sebelum kejadian pukul 2.10 pagi itu, peniaga tersebut sedang tidur di dalam bilik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati suspek memecah masuk melalui pintu depan.

"Dua lelaki kemudian masuk ke dalam bilik mangsa sebelum isteri dan anak Kim Loong yang tidur di bilik berasingan terjaga.

"Sebaik masuk, mereka dapati mangsa telah rebah dengan kesan tikaman di leher manakala dua lelaki itu telah melarikan diri. Kita sedang menyiasat barang yang disamun," katanya.

Cerita ini juga boleh di baca di SINI.

Nota Kaki : Macam2 saja kejadian ni..belum selesai kes ini http://www.mummynemo.com/2011/08/info-terkinikes-pembunuhan-rohani-kasim-suspek-pembunuh-adalah-jiran-mangsa/..sudah ada kes yang ini lagi http://www.mummynemo.com/2011/08/warga-emas-mati-disamun-di-tanjung-piandang-parit-buntar/…adeiii…harap2 tidak ada lagi kejadian selepas ini…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms: