07 di bidor - Google Blog Search |
- "HardDisK" KenaNgan..~~: Mase <b>di bidor</b>..
- Pedal Krem Riders: Kayuhan NJ: 17 - 21hb Nov 2011, Rangkuman <b>...</b>
- Mesin Judi <b>di Bidor</b> | Aduan Rakyat Online
"HardDisK" KenaNgan..~~: Mase <b>di bidor</b>.. Posted: 11 Nov 2011 04:42 PM PST "Uwah".. itulah perkataan terawalku ketika pertama kali melangkah ke kawasan itu. Aku sebenarnye dibesarkan di banting, selangor. Namun disebabkan masalah yg tidak dapat dielak, aku pun berpindah ke bidor. Memang bermacam-macam perkara yang ak bayangkan dan fikirkan pada ketika itu. Mana tidaknya, semuanya baru bagi aku yang baru masuk darjah 2. "Man, pegi kedai jap, beli barang skit nak masak ni", jerit ibuku dari dapur. "Yela.." jawabku ringkas. Dengan basikal jenama GTO yg bapaku belikan, aku pun menempuh pengalaman pertamaku berbasikal di Taman Sri Bidor itu. Sampai sahaja di kedai runcit, aku hanya perlu memberi 'list'2 barang yang ibu mahukan kepada 'tauke' kedai tersebut. Dalam masa beberapa minit sahaja barang telahpun bertukar tangan. Aku pun meneruskan langkahku ke basikal."Macam mane ni, ak mane ingat jalan nak balik. Habisla ak macam ni", kataku dalam hati. Dengan memori yg 'kejap ada kejap tiada' itu ak meneruskan perjalanan tanpa memikirkan perkara yg 'negative'. "Eh, aku kat mane sekarang ni.. adoyai, sesat la ni.. aku dah agak dah mesti sesat punye la.. Yang ak pegi rempuh gak apehal..?", fikiranku sesak dengan persoalan2 yang menerjah secara 'automatik'. Aku memang tahu kedai runcit kat mana sebab kedai itu tidak terlalu 'specific' dan ada di hadapan taman. Tapi kedudukan rumah yg tidak sampai sehari 'bertapak' membuatkan memori kecilku tidak dapat mengingatinya dengan tepat. Sekarang aku telahpun sesat dihadapan rumah pakcik berbangsa India yang membela seekor anjing bewarna hitam. "Cis, macam mane ni.. kat depan tu ade anjing, ak dah la 'sensitif' sikit ngan anjing nih.. muke die pun 'ganas' semacam je..", hatiku berkata. Dalam keadaan yang 'gawat' itu, aku melihat bayangan kereta pakcikku menderum ke arahku. "La, buat ap kat sini man.. muke mcm sesat je, dah2 jngan menangis lagi.. jom ikut cik tek hahaha.." kata pakcikku kepadaku. Bapaku yang duduk bersebelahan dengan pakcikku pun gelak sekali. Mereka baru balik dari mengangkat barang2 yang dipindahkan ke rumah baruku. "Yela.. isk3.." sahutku sambil mengesat air mata dengan lengan bajuku. Aku pun mengekori rapat kereta pakcikku itu agar tidak tersesat lagi. Itulah pengalaman pertamaku di bidor. Full content generated by Get Full RSS. |
Pedal Krem Riders: Kayuhan NJ: 17 - 21hb Nov 2011, Rangkuman <b>...</b> Posted: 01 Feb 2012 06:04 PM PST Pengkisahan bergambar disusun mengikut kronologi dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian pertama, kedua, ketiga dan keempat. Nota: Tulisan berwarna biru boleh diklik untuk bacaan lanjut. FAKTA KAYUHAN: 4 basikal seunit Jamis Allegro 2X, seunit Giant XTC Race dan 2 unit Bridgestone. 4 individu Ah Chong, Muzammil, abang Joe Amad dan Wakjan. 2 peringkat umur tiga individu berusia 30'an dan seorang 50'an. 5 peringkat Kuala Lumpur ke Bidor, Perak, Bidor ke Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang, Kampung Raja ke Tapah, Perak, Tapah ke Sabak Bernam, Selangor dan Sabak Bernam ke Shah Alam, Selangor. 5 hari 4 malam 5 sempadan negeri Selangor - Perak, di atas jambatan melintasi Sungai Bernam berhampiran Tanjung Malim, Perak - Pahang, di sebuah tempat berpapantanda sempadan, berbaki 12 kilometer menghampiri Kampung Raja Pahang - Perak, di Ringlet dan Perak - Selangor, di atas jambatan melintasi Sungai Bernam di tengah perjalanan antara Simpang Empat Hutan Melintang dan Sabak Bernam. Perak: Batang Padang, Kampar, Kinta dan Hilir Perak, Pahang: Cameron Highland. 13 Pihak Berkuasa Tempatan / PBT Selangor: Majlis Perbandaran Selayang, Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Daerah Sabak Bernam, Majlis Daerah Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Klang & Majlis Bandaraya Shah Alam, Perak: Majlis Daerah Tanjung Malim, Majlis Daerah Tapah, Majlis Daerah Kampar, Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Perbandaran Teluk Intan, dan Pahang: Majlis Daerah Cameron Highlands. - 500+ km - 35+ jam HARI PERTAMA: - dari Menara MAA, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Bidor, Perak. - jarak kayuhan = 152.88 kilometer - purata kelajuan = 17.3 km/j - kelajuan maksima = 43.2 km/j - masa kayuhan = 8 jam 47 min 53 saat (terkecuali waktu berhenti) - dari Bidor, Perak ke Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang. - jarak kayuhan = 120.21 kilometer - purata kelajuan = 11.90 km/j - kelajuan maksima = 34.30 km/j - masa kayuhan = 10 jam 4 min 44 saat (terkecuali waktu berhenti) HARI KETIGA: - dari Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang ke Tapah, Perak. - jarak kayuhan = 81.41 kilometer - purata kelajuan = Data tidak diperolehi (terlupa catat) - kelajuan maksima = 43.2 km/j - masa kayuhan = 5 jam 15 min 47 saat (terkecuali waktu berhenti) HARI KEEMPAT: - Tapah, Perak ke Sabak Bernam, Selangor. - jarak kayuhan = 78.28 kilometer - purata kelajuan = 16.7 km/j - kelajuan maksima = 35.90 km/j - masa kayuhan = 4 jam 39 min 40 saat (terkecuali waktu berhenti) HARI KELIMA: - dari Sabak Bernam ke Shah Alam, Selangor. - jarak kayuhan = 125.92 kilometer - purata kelajuan = 18.3 km/j - kelajuan maksima = 36.3 km/j - masa kayuhan = 6 jam 51 min 42 saat (terkecuali waktu berhenti) ANALISA PERJALANAN: - jarak kayuhan paling jauh: 152.88 km (Hari Pertama) - masa kayuhan paling panjang: 10 jam 4 minit 44 saat (Hari Kedua) - kelajuan terpantas: 43.3 km/j (Hari Pertama & Ketiga) - purata kelajuan terendah: 11.9 km/j (Hari Kedua) - jumlah jarak keseluruhan kayuhan: 558.70 km (Hari Pertama hingga Kelima) - purata jarak kayuhan: 111.74 km sehari "Life is not a problem to be solved, but a reality to be experienced". - Soren Kierkegaard |
Mesin Judi <b>di Bidor</b> | Aduan Rakyat Online Posted: 14 Jun 2011 01:15 AM PDT Semenjak akhir-akhir ini, kegiatan mesin perjudian semakin aktif dan berleluasa di daerah Batang Padang, Perak. Terutama sekali di Bidor dan Sungkai. Walaupun sebelum ini pihak berkuasa telah membuat serbuan dan merampas mesin judi berkenaan, namun tidak sampai sebulan premis-premis judi ini kembali aktif. Di harapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini. Saya berharap sangat tindakan pantas dapat di ambil. By: Azhari Salim Aduan yang berkaitan:Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di bidor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan