Khamis, 2 Februari 2012

07 di tanjung malim - Google Blog Search

07 di tanjung malim - Google Blog Search


TIADA FRU MELERAIKAN DEMONSTRASI <b>DI TANJUNG MALIM</b> <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2012 01:00 PM PST

Sebaik balik menjalankan tinjauan bersama kru 666 di Bukit Malawati, Kuala Selangor pagi tadi, saya dimaklumkan berhubung demonstrasi pelajar di pintu utama Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, Tanjung Malim, Perak.
Sebilangan mendakwa Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU, terbabit sewaktu meleraikan demonstrasi terbabit.
'Situation in front of the Main Gate of UPSI, students faced with the FRU. Apparently, arrests were made
Gambar di bawah disebarkan.
Malangnya berita itu kurang tepat.
Kumpulan berseragam di atas adalah anggota Light Strike Force, LSF,  dari Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Tanjung Malim. 
Mereka telah menjalani latihan LSF, ditugaskan untuk mengawal demonstrasi membabitkan kira-kira 50 individu bermula lebih kurang jam 1 pagi tadi.
Saya difahamkan, jika peserta demonstrasi lebih ramai dan sukar dikawal, IPD Slim River akan mendapatkan bantuan FRU dari Sungai Senam, Ipoh, Perak atau dari Pulau Pinang.
"Dia orang hanya ada 7 orang, naik satu Land Rover, kalau FRU satu troop membabitkan pegawai dan anggota seramai 30 orang," ujar sumber.
"Nampak seperti lebih kurang sama macam FRU?," soal saya.
"Memang, tetapi mereka dari LSF, topi dan pungkis sama tetapi seragam mereka berbeza berbanding seragam FRU," jelasnya.
Dilaporkan 15 lelaki dan seorang perempuan ditahan untuk proses dokumentasi di Balai Polis Tanjung Malim manakala 2 peserta dirawat di hospital. Pihak polis terpaksa bertindak kerana sebilangan daripada peserta demonstrasi cuba merempuh pagar universiti perguruan terbabit.
Cermin klinik berhadapan pintu masuk utama ke UPSI juga dikatakan pecah.
Adam Adli dilaporkan ditahan, klik di sini.
Polis masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
"Mangsa tercedera bukan kerana dipukul oleh polis tetapi  sebab dia terlanggar cermin klinik sewaktu cuba melarikan diri," ujar sumber pada jam 12 tengah hari tadi.

Kini, kira-kira 50 orang masih lagi berdemonstrasi di hadapan Balai Polis Tanjung Malim.

Full content generated by Get Full RSS.

Pemuda PAS akan berhimpun <b>di</b> IPD <b>Tanjung Malim</b>

Posted: 31 Dec 2011 09:06 PM PST

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan seluruh ahlinya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Perak untuk turun berhimpun di hadapan IPD Tanjung Malim bagi menuntut pembebasan sekurang-kurangnya 17 mahasiswa yang ditahan polis sejak malam tadi.

Arahan tersebut dikeluarkan ketuanya, Nasruddin Hassan melalui khidmat pesanan ringkas SMS kepada Harakahdaily pagi ini.

"Semua  pemuda dikerahkan berkumpul secara aman dalam tempoh sekarang ke jam 2 petang di hadapan IPD Tanjung Malim Perak untuk menuntut pembebasan segera 17 mahasiswa yang ditahan sejak semalam," katanya.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 17 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Dalam pada itu, Nasruddin turut menyelar sikap 'double standard' pihak berkuasa yang bertindak secara kasar terhadap mahasiswa tetapi pada masa sama membenarkan himpunan serupa oleh pihak lain termasuk oleh Umno dan Perkasa di UPSI baru-baru ini.

"DPPM menyelar sikap double standard PDRM. Umno dan perkasa demo depan UPSI tidak diambil sebarang tindakan tetapi mahasiswa diperlakukan separuh mati," katanya.

Sementara itu, difahamkan hampir seratus 200 mahasiswa, NGO dan pemimpin politik sedang berkumpul di hadapan IPD Tanjung Malim bagi menuntut kesemua yang ditahan dibebaskan dengan segera.

PAS sedia khidmat guaman

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberi jaminan Pakatan Rakyat khususnya PAS akan menyediakan khidmat guaman kepada mahasiswa sekiranya didakwa atas sebarang kesalahan.

"PAS, Pakatan Rakyat akan memberikan khidmat guaman percuma kepada mahasiswa-mahasiswa ini jika berdepan tindakan mahkamah," katanya yang dalam perjalanan dari IPD Tanjung Malim ke Hospital Slim River untuk melawat Safwan.

Beliau berkata, Lajnah Guaman dan Undang–Undang PAS Pusat dan Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia memberikan khidmat mereka kerana isu ini melibatkan kebebasan mahasiswa.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan