Khamis, 2 Februari 2012

07 di kuala kurau - Google Blog Search

07 di kuala kurau - Google Blog Search


Jom Perkena Mee Udang Berasap <b>di Kuala Kurau</b>..memang <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2012 08:21 PM PST

Wow..sedap nya..fulamak..memang gempaq..berbaloi....tak tau nak cakap apa dah..hanya itu yang dapat di katakan..kali ini kita tukar tajuk kejap dari ikan dan pancing ke Jalan2 cari makan..Mee Udang Berasap bukan ditelinga.
Baru2 ini penulis kpas berkunjung kerumah saudara (puan zura) di Bagan Serai sempena perayaan Tahun Baru Cina.Menurut beliau (puan zura) sekarang berhampiran area kuala kurau tidak jauh dari bagan serai ada tempat makan best iaitu Mee Udang Berasap. Menurut kata beliau rasa nya lebih sedap dari mee udang kuala sepetang..betul ke? apa lagi, tanpa membuang masa kami pun terus kesana walau pun perut masih kenyang baru lepas makan nasi dirumah puan zura.

Kami terpaksa menunggu lama lebih kurang hampir 30 minit kerana tempat duduk penuh.memang ramai disini.
30min telah berlalu, tempat duduk tak dapat lagi, orang dibelakang yang telah duduk pun belum sampai lagi makanan diaorang.bergini keadaan di kedai makan Mee udang berasap, takpa kita bergambar dulu puan Ros, buat kemudahan pengunjung, sebuah taman permainan untuk kanak2 disediakan...tak lah budak2 meragam nak balik kerana lama menunggu.. 

Selepas hampir 1jam 30min menunggu, baru dapat makan mee udang berasap..

Ini lah rupa nya..memang sedap..betul kata puan zura (saudara penulis).
Harga pun memang boleh tahan ..kalau yang normal cuma RM4.50 saja, kalau nak campur ketam pun boleh.

Puan ros dengan mee berasap.

Untuk sesiapa yang berhajat hendak kesana boleh lah merujuk banner diatas..
Dibawah adalah video bagaimana keadaan Mee Udang Berasap..memang berasap..jangan telinga berasap sudah..hehe
Full content generated by
Get Full RSS.

GAMBAR NELAYAN DAPAT BUAYA <b>DI KUALA KURAU</b>

Posted: 18 Dec 2011 09:36 PM PST

Di Kuala Kurau-Seorang nelayan terkejut apabila pukat yang disangkakan berat dengan hasil tangkapan rupa-rupanya menjerut seekor buaya tembaga berukuran tiga meter.Buaya yang masih hidup ditemui Sazali Mohamad, 47, ketika menangkap ikan di sungai di Kuala Parit 30, di sini, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.


BUAYA DISANGKA DAPAT IKAN RUPANYA BUAYA

Gambar buaya tembaga yang tersangkut di pukat

Sazali berkata, pada mulanya dia mengandaikan pukat berkenaan berat kerana terlalu banyak ikan, tetapi apabila ditarik ke atas didapati ada seekor buaya cuba melepaskan diri.
"Saya terpaksa meminta tolong daripada beberapa rakan lain yang kebetulan turut menangkap ikan di kawasan berkenaan. Kami bergabung tenaga untuk menaikkan pukat berkenaan kerana buaya itu sangat berat.

"Kami bernasib baik kerana buaya itu tidak terlalu agresif. Sebaik berjaya dibawa ke darat, saya menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)," katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Full content generated by Get Full RSS.

Gambar | Keluarga | Berkelah <b>di</b> Ban Pechah, <b>Kuala Kurau</b> <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2012 10:10 PM PST


Ban Pechah - Satu destinasi mesti pergi seandainya anda singgah di daerah Kerian, Perak. Ban Pechah tak macam dulu, kini dah banyak aktiviti ada di pantai berbatu ini. Selain terkenal dengan kari ikan semilang (perut kuning), ia juga menjadi destinasi untuk kaki pancing menduga pesisir berbatu Ban Pechah.
HH selalu juga memancing di sini, dah pernah naikkan tetuka, kerapu, tetanda, dan beberapa spesies ikan pantai lain termasuklah belukang seberat lebih sekilo dan juga ikan gelama.
Boleh lepak-lepak kat sini, yelah ..berkelah dengan keluarga. Layan bayu yang sejuk ..... hehhee... sambil tengok awek-awek kampung meronda dan melaram kat tepian pantai ni. Adehh .... 
Kat sini ada kedai makan, ada warung karaoke dan tempat bersantai tepian batu ... ada pondok khas disediakan. Ban Pechah juga menjadi antara lokasi untuk buat photoshoot gambar kahwin ... :)
Dan errr ... tempat memadu asmara, tapi ada je AJK kampung yang selalu dok meronda kawasan ini di siang dan malam hari, jadi kalau buat kelakuan tak senonoh ... siaplah kena sebat dengan rotan bambu... jangan memain.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan