07 di lenggong - Google Blog Search |
- SOKONG PAS LENGGONG: nak meruntuh mesjid <b>di lenggong</b>?
- Kehidupan: -pecutian <b>di lenggong</b>, perak-
- lenggongkite'13.blogspot: KEBANGKITAN PARTI ISLAM SE <b>...</b>
SOKONG PAS LENGGONG: nak meruntuh mesjid <b>di lenggong</b>? Posted: 27 Dec 2011 12:09 AM PST Mesjid Warisan di temelong Semuanya angkara umno lenggong KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS mempersoal sejak bila Umno mula menjuarai isu agama apabila cuba menunjukkan keperihatinan mereka dengan menentang kerajaan Kedah yang mahu merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar untuk diganti dengan surau baru ditapak baru. Full content generated by Get Full RSS.AJK PAS Pusat Idris Ahmad berkata, rakyat tidak pernah lupa pengkhianatan Umno dalam isu perobohan dan penutupan banyak masjid surau sejak parti itu memerintah negara. "Kenapa pemimpin Umno seperti (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah) Datok Ahmad Bashah, (Ahli Parlimen Jerlun) Datuk Mukhriz Mahathir dan (Ketua Umno Bahagian Baling) Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan Umno meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau di Puchong Perdana. "Rakyat tertanya-tanya sejak bila Umno menjadi juara agama dan hendak membela surau," soalnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Katanya dalam isu perobohan surau Salihiah itu, Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah memberi kebenaran, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Namun ujarnya pimpinan Umno Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen. Beliau melihat isu tersebut sengaja dimainkan Umno Kedah kerana mereka sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapuk yang ditinggal BN sebanyak RM2.3 bilion. "Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta. "Umno takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan Umno selama 51 yang menindas rakyat, maka Umno cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana Umno sudah bertukar nada," katanya lagi. Perobohan Surau Salihiah untuk diganti baru diputus kerajaan negeri ekoran ianya antara bangunan yang terjejas untuk pembangunan projek Aman Central. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini memaklumkan surau itu akan dirobohkan selepas semua pembinaan di kawasan itu selesai, dan kemudian digantikan dengan bangunan baru. Azizan juga berkata beliau telah melihat pelan surau yang baru dan apabila surau itu siap kelak ia dapat menampung sehingga 400 jemaah dalam satu masa. Bagaimanapun isu itu menjadi modal kempen Umno negeri bagi memburukkan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS. |
Kehidupan: -pecutian <b>di lenggong</b>, perak- Posted: 26 Jan 2012 08:25 PM PST Assalamualaikum.. da berhabuk blog nih.. lame xberkongsi cerita... minggu lalu, 21 & 22 Jan 2012.. aku ke Lenggong, Perak bercuti bersama keluarga aku.. best.. keadaan yg berbukit bukau.. memang terbaeekkk sbb, line phone xde... huhuhu... bgus jgak kan, xder sape yg mengganggu.. kate nk bercuti.. so aku menikmatinya se- enak2 nya.. hahahaha "klu nk line phone, pergi turun kt ofis sane tu" malam tu jgak, sume turun g sane.. hahahaha.. ape yg dapat?? -PACAT!!!!!- hahahaha.. melompat2 kitorang... haduih... time kene pacat je mesti nk beku kan badan.. lawak2... tapi xper.. ramai hero... hahahaha.. "oke... sume jgan bergerak!! jek nmpk sumting kt kain tu..." "haa... kakak!! katiq da nmpk!!! kat kaki kakak!!!!! huarghhh!!!!!! " "jeekkkk!!! tolong jekk!!! kakak takut!!! " lawak2.... eleh, aku ngate org, same je aku pun skali... "whoooppp!!! jap2!!! kaki ni sejuk semacam je!!! " "maakkk!!!! pacaatt!!!! huhu... May!!!! cepat laa... kat sini!! eda takut nihh!! kak nina!!!!" "kak nina takut!!" muke kagum jap... huh.. huhh... huhhh.... mak ai?? laju nyer katik lari!! huaaa!! may!!!!! tolong!!!! hahahaha... haduih.. lawak2... ---------------------------------------------- tujuan sebenarnye, kitorang nk melihat rusa2 disekeliling.. sbb kitorg pergi ni dekat ladang rusa... hehehe.. seronok sangat2!!! bagi mkn kt rusa....
-------------- Sebelum tu, kitorg da jalan2.. pergi Museum arkeologi.. area2 situ jgak laa... hehheheh... haaa.. ni tempat die.. hehehehe.... layan je laaa... Nak masuk kene daftar dulu~~ mcm nk daftar skolah da abg aku nih haa... hehehe ni kakak2 aku... syg glew kt diorg.. ngehehe..... yg kesah pacat tu, erm... hahaha... jalan sampai penat.. last2 balik rumah... wat BBQ malam tu... huhuhu... gambar xsempat nk ambik.. hehe.. so, bygkan je la eh.. makan2.. then kitorg layan karoke lak!!.. dari lagu melayu ke lagu hindustan!! hahahah~~~~ Then, main lucky draw.. ibu dpt set pinggan mangkuk~!! heheh... Pergh!! seronok!! sangat2!! hehe... ini la fmly day saya..~~ terbaeekk!! nnt kita buat lagi oke.. ~"saya sayang keluarga saya"~ "FaMiLy is'nt always Blood, They are people in your life who want you in theirs-the one who would do anything to see you smile, and who love you no matter what!!" your beloved one of this family, intan @ eda... |
lenggongkite'13.blogspot: KEBANGKITAN PARTI ISLAM SE <b>...</b> Posted: 29 Dec 2011 09:08 AM PST Sejarah membuktikan Hulu Perak adalah salah satu daerah yang menjadi kubu kuat UMNO/BN sejak sekian lama. Sejarah juga membuktikan UMNO/BN menang dengan begitu selesa di Hulu Perak dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) hanya diketahui wujud sekitar musim pilihanraya dan seperti yang dijangka jauh sekali untuk menang. Faktor pendalaman, penduduk yang ketinggalan dari arus kemodenan memudahkan lagi UMNO/BN mempertahankan kuasa mereka disini. Apa pun, itu keadaan begitu sudah menjadi sejarah di Lenggong. Kini tidak lagi sedemikian. PAS sudah mula mendapat tempat di kalangan penduduk di Lenggong, masyarakat disini sudah mula mengenali PAS, faham apa yang diperjuangkan. Ini dapat dibuktikan dengan perbandingan yang dibuat semasa silam.Jika dahulu PAS tidak dikenali, ditakuti oleh bangsa Cina, India malahan ada juga orang Melayu di Lenggong ini yang takut dengan PAS. Era kebangkitan PAS di Lenggong dapat dilihat sekitar 2 tahun ini semenjak pimpinan PAS diperingkat Kawasan Lenggong bertukar. Sejak diterajui oleh Yang Dipertua (YDP) baru iaitu Tuan Haji Razman Zakaria, perubahan demi perubahan dapat dilihat. Penulis tidak sekali kali mengatakan pimpinan lama gagal malahan bersyukur dan berterima kasih kepada mereka kerana merekalah golongan sanggup menerajui perjuangan di Lenggong sebelum ini. Perubahan besar dan isu - isu yang diperjuangkan oleh PAS di Lenggong seperti isu berkaitan Felcra, masalah berkaitan tanah, kebajikan masyarakat, salah guna kuasa pemimpin dilihat adalah faktor utama PAS mula diterima di Lenggong. Perubahan inilah yang membuatkan beberapa pimpinan UMNO/BN di Lenggong tidak senang duduk. Mereka juga dilihat terpaksa bekerja seperti yang dilakukan oleh PAS dan tidak bersenang lenang seperti sebelum ini. Banyak kampung - kampung yang dahulu menjadi kubu kuat mereka telah dipecahkan oleh PAS. Ini antara bukti masyarakat di Lenggong sudah dapat menerima PAS dan ini juga menjadi ukuran kekuatan UMNO/BN di Lenggong. Akhir kalam dari penulis, jauh disudut hati ini terasa begitu yakin kemenangan sudah dihampiri. Harapan supaya diperkukuhkan lagi gerak kerja, tidak berputus asa dan menerima dugaan dengan redha, insyaAllah Allah SWT akan memberi kemenangan pada PRU 13 ini. Kepada semua amilin - amilin " Ayuh kita bangkit bersama - sama, berganding bahu, berjuang untuk menegakkan agama Allah, kita kuburkan UMNO/BN di Lenggong ini"... TAKBIR!!! Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di lenggong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan