07 di pasir salak - Google Blog Search |
- Tangisan <b>Pasir Salak</b> untuk orang muda – Perak Today
- Aktiviti Selepas UPSR 2011 : Kenangan <b>Di Pasir Salak</b>
- THE DUKE'S BLOG: PANASSS..!!! KHAS UNTUK ADUN SG. MANIK <b>...</b>
Tangisan <b>Pasir Salak</b> untuk orang muda – Perak Today Posted: 26 Jan 2012 11:38 PM PST MENJEJAKI semula sejarah Pasir Salak, di Perak terutama pembunuhan Residen Inggeris pada tahun 1871, ada sesuatu yang perlu digali semula oleh generasi kini sebagai panduan berguna dan rujukan masa hadapan. Untuk itu, satu usaha menerbitkan sebuah dokumentari yang mengisahkan sejarah terkenal ini mula dibuat sejak awal tahun lalu. Hasilnya, dokumentari Tangisan Pasir Salak bukan sahaja bakal menjadi hadiah istimewa buat orang Melayu, malah turut membuka lembaran baru kepada industri dokumentari di negara ini. Menurut Pengarah Urusan syarikat produksi Kay Promotions & Productions House, Jamal Lulkhir Jaludin, tujuan utama penerbitan dokumentari itu adalah kerana rasa cintanya terhadap perjuangan wira Melayu terdahulu yang ingin memerdekakan tanah Melayu. "Dokumentari ini bakal memberi informasi mengenai perjuangan Datuk Maharaja Lela, serta pahlawan-pahlawan Melayu yang lain dalam usaha menentang British di Pasir Salak pada zaman itu. "Kita juga akan memasukkan beberapa babak lakonan semula dalam plot dokumentari ini agar memberi lebih kesan kepada penonton," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya , Selangor baru-baru ini. Mengambil masa selama setahun untuk mengkaji semula sejarah Pasir Salak, menurut Jamal Lulkhir, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi bagi mendapatkan maklumat sebenar daripada waris pejuang-pejuang terlibat. "Bukan mudah sebenarnya untuk menjejaki semula waris-waris pejuang ini memandangkan kebanyakan mereka tinggal secara berselerak di seluruh negara. "Kesukaran juga timbul apabila kebanyakan pejuang kemerdekaan ini terpaksa menukar nama selepas melarikan diri akibat dijejaki pihak British. Itu lebih menyukarkan pihak kami untuk mengenalpasti kedudukan waris mereka," katanya. Menjalankan penggambaran di beberapa kawasan sekitar negeri Perak, bantuan turut diberikan pihak kerajaan negeri terhadap usaha menerbitkan dokumentari itu. Selain itu dokumentari yang bakal siap sepenuhnya pada April tahun ini juga mendapat sokongan penuh pihak Finas. "Penghargaan terima kasih saya adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naquib Razak serta kakitangan Finas yang banyak membantu kami menyiapkan dokumentari ini. "Selain itu, saya amat bersyukur dengan kerjasama yang diberikan pihak Kerajaan Negeri Perak sendiri dalam memudahkan urusan penggambaran kami di negeri itu, dimana penasihat serta penaung dokumentari ini juga merupakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak , iaitu Datuk Zainol Fadzi Paharudin," katanya. Dalam menguatkan lagi getaran emosi dalam dokumentari ini kelak, sebuah lagu yang berjudul Tangisan Pasir Salak turut dihasilkan bagi memperkuatkan jalan cerita yang digarap. Keistimewaan lagu yang digubah oleh Mohd Rafi Shafie itu juga dilihat kepada penyanyinya yang merupakan sensasi You Tube terbaru, Ajek Hassan (gambar). Menurut Ajek, ini merupakan kali pertama dia diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu tema sebuah dokumentari. "Perasaan berdebar itu memang ada kerana ini merupakan kali pertama saya diberikan kepercayaan sebesar ini. "Bagaimanapun saya tetap yakin untuk melakukannya dengan baik, untuk menyampaikan lagu tema Tangisan Pasir Salak ini," kata pemilik nama penuh, Mohd. Mahathir Hassan ini. - UTUSAN MALAYSIA Full content generated by Get Full RSS. |
Aktiviti Selepas UPSR 2011 : Kenangan <b>Di Pasir Salak</b> Posted: 01 Jan 2012 05:54 AM PST Sejarah SekolahVisi Sekolah Misi Sekolah Piagam SekolahMaklumat Sekolah Lagu Sekolah Kenali Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Bertam Indah Jawatankuasa Pentadbiran 2012Jawatankuasa Kurikulum 2012Jawatankuasa Hal Ehwal Murid 2012Jawatankuasa Ko-Kurikulum 2012 |
THE DUKE'S BLOG: PANASSS..!!! KHAS UNTUK ADUN SG. MANIK <b>...</b> Posted: 18 Jan 2012 04:32 AM PST
Tujuan saya di sini adalah untuk meminta, memohon dan merayu kepada ketiga-tiga tokoh pemimpin di atas untuk berkunjung ke Labu Kubong, Chenderung Balai yang terletak di dalam DUN Sg. Manik, Parlimen Pasir Salak, Perak. Tolonglah berkunjung ke sana dan lihat sendiri sebuah masjid yang menjadi kegunaan umat Islam di kariah itu. Masjid itu sangat dhaif dan perlu di baik pulih dan ditambah prasarana demi keperluan serta keselesaan ratusan jemaah di situ... Untuk pengetahuan Datuk-Datuk semua, masjid itu boleh dikatakan tidak cukup sifat ekoran pembaikannya telah terbengkalai sejak beberapa tahun. Kampung tu dah la takde jalan yang diturap..tanah merah je..tapi tandas pun tak ada! Setahu saya, Datuk Tajuddin yang juga merupakan Pengerusi Felcra, pernah solat terawikh di masjid tersebut pada tahun 2009. Datuk ingat tak? Ketika itu, Datuk nak terkencing dan imam masjid tu cakap "tandas" ada kat luar, kan? Lepas tu..Datuk pegi kat luar dan takde pun "tandas" tu, kan? Lepas tu Datuk kencing kat semak tepi sawah, kan? Imam tu bagitahu Datuk dia sengaja bagitau Datuk begitu sebab nak kasi tahu secara indirectly yang masjid tu takde tandas...dan memerlukan tandas. Ingat lagi tak? Nasib baik ular tak patuk masa Datuk kencing tu...heh! Sampai sekarang, masjid tu masih lagi belum sempurna. Penduduk kariah tu kutip derma sesama mereka untuk bina tandas. Tu pun ala kadar saja... Justeru, saya nak kasi tahu Datuk-Datuk semua. Kalau nak kekalkan BN di DUN Sg. Manik dan Parlimen Pasir Salak, sila buat apa yang patut untuk masjid tu... Masjid tu untuk orang beribadah pada Allah. Siapa yang tolong bina, insyaAllah pahalanya berterusan sampai Datuk-Datuk masuk kubur nanti. Lagipun, apalah salahnya keluar duit untuk masjid? Datuk-Datuk keluarkan duit berjuta untuk Balai Raya, Dewan Serbaguna dan sebagainya, boleh. Kenapa untuk masjid tak boleh? Saya taknak dengar la alasan cerita kata takde peruntukan, belum ada bajet, tengah diusahakan, dalam perancangan atau sebagainya... Apa yang saya nak dengar, bila kontraktor nak bawak masuk barang-barang binaan dan bila nak start imarahkan masjid tu? Bila estimate baik pulih tu selesai? Saya nak tahu peratusan komitmen Datuk-Datuk semua. Ada ramai Datuk tu..kuasa pun ada dan duit pun saya yakin ada...takkan tak boleh diusahakan kot? Takkan nak tunggu PM umum PRU baru nak buat kot? Oleh itu, besarlah harapan saya agar Datuk-Datuk di atas bersetuju dan memulakan segera perkara ini. Datuk-Datuk perlu buktikan bahawa tak rugi undi Datuk sebagai wakil rakyat di situ. Itu pun kalau nak menang dan kekalkan BN kat Perak laaaa.... Datuk ingat DUN Sg Manik tu kubu kuat BN lagi ke? Cuba turun tanya rakyat kat situ tengok dan dengar apa kata mereka. Kalau nak baik pulih masjid pun tak mampu...saya rasa elok kasi kat orang lain je laaa.. Saya harap, Datuk-Datuk semua tak marah-marah pada saya. Permohonan ni saya buat kerana sudah menjadi tradisi UMNO untuk memeprjuangkan Islam, Bangsa Melayu dan di Tanah Melayu. Datuk-Datuk pun perjuangkan perkara yang sama, kan? Heh! |
You are subscribed to email updates from di pasir salak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan