Khamis, 2 Februari 2012

07 di manjung - Google Blog Search

07 di manjung - Google Blog Search


ORANG KECIL ORANG BESAR: Warung Sawit <b>di Manjung</b>

Posted: 29 Jan 2012 04:14 AM PST

Warung Sawit di Manjung

Agak kurang aku membuat posting mengenai makanan. Hinggakan sudah ada yang bertanya. Kerap juga makan luar sama ada berkeluarga, berkawan ataupun bersendirian. Tapi keghairahan menulis mengenai makanan yang dijamah seolah hilang begitu sahaja. Terbaru (Disember lepas) berpeluang menjamah Briyani Peha Kambing Puncak Mutiara di Kampung Pelek, Bukit Mertajam tetapi rnenunya biasa-biasa saja. Ingatkan selera sudah mula betah tetapi geng makan Mus Speedrider juga berkongsi pendapat yang sama.

Cuti Raya Cina lepas, kami sekeluarga ke Lumut. Trip with no reservation! Pagi di Ipoh dan tengahari di Lumut. Mulanya bercadang ke Cameron tapi sudah terkena sebelum ini kalau berpergian ke Cameron di musim-musim cuti alamatnya kekenyangan makan "jem" dalam kereta sajalah mengesot di jalan raya tanah tinggi tersbut.

Rupa-rupanya di Lumut pun sama! Dari jauh lagi sudah ternampak deretan kenderaan yang mengesot di pekan Lumut itu. Hinggakan tiada ruang kereta untuk parking. Setelah hampir satu jam terperangkap di atas jalan raya, kami mengambil keputusan pulang ke Taiping.

Dalam perjalanan menghala ke Pantai Remis, berhampiran litar go-kart di persimpangan lampu isyarat, kami terpandang deretan kenderaan yang berhenti di tepi sebuah gerai kecil di bawah deretan pokok kelapa sawit. Dalam beberapa kali perjalanan tugasan aku ke Lumut tahun lepas, gerai ini sentiasa mengamit hati aku. Mungkin masih kekenyangan Briyani Kambing dan Acar Rampai di Restoran Briyani berhampiran Stesen Minyak Petronas persimpangan lampu isyarat Manjung/Teluk Rubiah, kami meneruskan perjalanan.

Minggu lepas dalam perjalanan tugasan di Lumut, aku singgah di gerai kecil ini. Menurut beberapa orang anggota polis yang ditemui di sini, gerai ini dikenali sebagai Warung Sawit memang terkenal di kalangan pemandu lori.

Atas syoran anggota polis ini aku mencuba Mee Rebus. Kuahnya sedikit cair tetapi cucur dan tauhu gorengnya melazatkan lagi Mee Rebus.

Lain kali aku nak cuba Laksa pula. Mungkin bersama dengan orang rumah seorang aku itu.

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Full content generated by Get Full RSS.

ORANG KECIL ORANG BESAR: Restoran Briyani <b>di Manjung</b>

Posted: 29 Jan 2012 04:19 AM PST

Restoran Briyani di ManjungSemasa cuti Raya Cina lepas, kami tiga beranak menjamu selera dengan Nasi Briyani di Restoran Briyani Manjung berhampiran Stesen Minyak Petronas persimpangan lampu isyarat Manjung/Teluk Rubiah. Sebenarnya acapkali aku bertugasan di Lumut di tahun lepas, ada sahaja kenalan yang membelanja aku makan malam di sini. Walaupun tekak aku kini agak kurang berselera dengan Menu Mamak, Nasi Briyani di sini agak enak! Lebih-lebih lagi Kari Kambing dan Acar Rampainya. Begitu juga Ayam Goreng Berempahnya. Kalau berpeluang makan di sini jangan lupa minta "keropok" ranggup tepung goreng Ayam Berempah ini!

Bahagian isi kambingnya dipotong kecil-kecil tidak seperti kebanyakan restoran lain menyediakannya dalam portion yang besar. Di sini ada Acar Rampai tidak seperti restoran lain yang lebih suka menyediakan jelatah.

Nasi Briyaninya pula masih panas dan lembut walaupun dimakan pada waktu malam! Nasi yang dibubuh dalam pinggan juga banyak jika dibandingkan dengan restoran mamak lain.

Rekomen? Bolehlah kalau anda minat Briyani!

lukmanw@gmail.com
http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/

Full content generated by Get Full RSS.

Anak Seberang: 7 Terkorban <b>Di Manjung</b>: Gambar-Gambar Sadis <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2012 11:35 AM PST

KEMALANGAN BERLAKU DI BATU 6 LALUAN LEKIR SITIAWAN MEMBABITKAN SEBUAH MPV HONDA STREAM, TRELER (muatan penuh tong gas memasak LPG) DAN SEBUAH HONDA CIVIC.

HONDA STREAM TERSEBUT ( PLAT WJP 3633) DINAIKI OLEH 8 ORANG REMAJA LELAKI DAN TUJUH DARIPADANYA MAUT, MANAKALA SEORANG HANYA MENGALAMI CEDERA RINGAN.









AL-FATIHAH KEPADA SEMUA MANGSA - SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH-ROH MANGSA DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ROH ORANG2 YG SOLEH DAN BERIMAN.

TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA MANGSA ~ SEMOGA TABAH DAN REDHA DGN TAKDIR YANG MENIMPA ~ BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU YANG PIKUL BEBANAN.

Lagi gambar-gambar, berita penuh, kronologi & video di SINI Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan