Khamis, 2 Februari 2012

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search

07 di tanjung rambutan - Google Blog Search


Scribbles tO n frO: Makan Angin <b>di Tanjung Rambutan</b> :)

Posted: 18 Jan 2012 04:23 AM PST

semalam aku pegi lawatan kat Hospital Tanjong Rambutan
Hospital Tanjong Rambutan juga dikenali sebagai Hospital Bahagia Ulu Kinta
it was a such nice memory to be there for one day
x seperti yang disangkakan
it is a wide place, ntah berapa hektar ntah,
memang x bole hidup kalo x de transport kat sane
tuk sesape yang nak belajar bawak kerete pon tempat ni sangat sesuai..hihi

aku selalu bayangkan hospital ni gerun giler
menyeramkan dan bilangan pesakit yang ramai dan sesak macam sardin dalam satu ward
tapi its totally different
it is a awesome place
macam satu insitusi, ade banyak blok ward yang nampak macam blok sekolah
macam sekolah vokasional pon ade jugak
sebab pesakit2 yang dah stabil
kena wat rehabilitasi

tapi sedih bile tengok pesakit2 kat sane
lagi2 kalo yang tengah psychosis
yang amat menyentuh lagi perasan bile pegi lawat pesakit yang acute( yang ganas dan baru daftar)
dorang macam duduk kat dalam sangkar, macam ZOO..kesian wei..wad dorang terbuka,x de kipas,tengah2 x de bumbung, panas and pesakit terpaksa berlindung kat tepi2 ward untuk elak panas, huhu sedih..sedih sangat2..
tapi ward yang lain2 ok..same je macam HUKM..tapi bumbung ward sume tinggi untuk mengelakkan pesakit gantung diri..

Hospital Bahagia Ulu Kinta is awesome!!
depan wad forensik hospital tanjong rambutan, wad ni sebijik sejiban macam penjara,semua yang masuk sini adalah kes jenayah yang melibatkan pesakit mental dan pesakit yang buat2 mental..tembok tinggi2, CCTV besar2, semua sudut ade..
takot giler tengok muke pesakit2 kat sini, cara diorang pandang macam nak cakap"kau mangsa yang seterusnye"..hoho..kus semangat
tapi ade jugak pesakit yang baik dan alim kat dalam ni
ntah ape kesalahan dorang kan..
"we are the visitors not the patients"
ni adalah gambar2 bakal pesakit mental hospital bahagia kalo x lulus professional exam..haha lawak jer..nauzubillah..gambar ni amek kat depan muzium..hah, spt muzium yang lain, muzium ni pon ade kisah seram..image seorang wanita berpakaian serba maroon berambut panjang pernah terakam kat dalam cctv..tapi kenapa warna maroon??da tukar unifom ke..haha maybe this lady suke maroon 5 kot..haha

view kat hospital ni sangat2 cantek,nyaman sangat, nampak gunung2, air kat sini pon sejuk macam air gunung..
kalo nak tau hospital ni dekat dengan Tambun Lost World..hmm best kan kalo dapat kerja kat sini..KERJA ye bukan jadi PESAKIT kat sini..

****
untuk pesanan bersama, hapuskanlah stigma terhadap pesakit mental dan Hospital Tanjong Rambutan..they are not crazy but they are sick...
"ikan kekek mak iloi-iloi
ikan gelama mak ilai-ilai
dapat suami comey teramboi
rupe-rupenye dia handsome boy"

lagu yang direka oleh pesakit prempuan di sana bile nampak kawan lelaki aku yang bole tahan machonya...haha
macho jer lebih tapi penakut
naseb baik x kena kejar dengan pesakit..

Full content generated by Get Full RSS.

not your life: kehidupan <b>di Tanjung Rambutan</b> yang tak bahagia.

Posted: 23 Jan 2012 09:40 AM PST

wahai blog,malam ni aku datang sini sebab nak luahkan apa yg aku fikir dan rasa.
Entah..entah kenapa sekarang aku rasa otak aku asyik dengan masalah,tertekan mungkin..
Sedangkan aku rasa aku tak lah dibebani dengan kerja yang membuak2.
Hanya sekadar perlu siapkan follow up, logbook neuro,dan  assessment cardio n assessment neuro sahaja lagi.
urgghhh ya ya mungkin aku serabot kepala dengan asessment2 itu barangkali. Aku xmahir akan assessment itu.
Tapi dalam masa yang sama jiwa aku agak tenang pabila memikirkan praktikal yang hampir tamat tidak lama lagi. 2minggu lagi rasanya.

Tak sanggup lagi aku mahu berjumpa dengan Pak cik Kamal yang xhabis2 perasan bagus itu. Kehadiran aku dan senyuman aku di wadnya pada setiap pagi dan tengah hari hanya palsu. Kalau tidak disebabkan kerja,tak ingin aku berjumpa dia.Segala penat lelah aku memberi treatment kepadanya seperti tak dihargai. Ermmm mungkin dia menghargai cuma dia tidak mahu tunjukkan akan rasa itu padaku.Aku tahu dia tertekan tinggal di situ,aku tahu dia sunyi di situ,tapi sebagai student praktikal aku tak boleh melayan karenah dia 24 jam. nanti apa pula kata2 orang sekeliling.Entah lah,aku tak dapat menduga pemikiran2 orang mental.    

          Dari pukul 9-10 am aku kena buat streching,strengthening,mobilizing pada kaki Pak Cik Kamal. Aktiviti ni agak letih disebabkan terpaksa angkat kaki orang.Berat~~

Minggu lepas kesabaran aku dah tak tertahan,Hati aku terasa panas.aku agak meninggi suara padanya. Tapi dia yang mulakan dahulu, Asyik buat hati aku panas,panas dan panas. Rakanku(Ina) agak terkejut dengan sikap aku itu,  Ina tahu ketika itu memang aku sangat2 marah."aku taw hg marah nabilah,selalunya hang jenis susah nak marah kat orang". Haha betollah kata ina itu,sebab itu lah aku tinggalkan Pak cik Kamal bersama wheelchairnya sendirian. Balik lah kau sorang2 ke wad,xingin aku nak tolak!! eh tapi aku xkatalah sebegitu rupa padanya.Bukankah kurang ajar itu? Aku hanya sekadar diam dan melangkah pergi begitu sahaja ketika dia sedang masih membebel. Malas mahu bertekak,keadaan akan bertambah buruk mungkin.Sakit telinga aku mendengar.Semoga esok Pak cik Kamal akan memberi kerjasama dalam melakukan treatment.Benda yang lepas biarkan lepas.Semoga ia tak kan terjadi lagi.
                                             Ina,Pak Cik Kamal dan wheelchairnya                                               
 
       
Masuk pula pada soal hati...dia yang hilang..bukannya sesuatu yang aku tak boleh gantikan.Cuma hati ini sudah tertutup untuk sesiapa pun.Mungkin ada nanti. Aku serahkan semuanya pada Tuhan. Aku sudah letih akan semua ini. Kadang2 aku terfikir biarlah umi dan ayah yang tentukan siapa jodoh aku.Haha mungkin ini tanda aku sudah semakin matang. Sekarang aku cuma mahu mengubah hidup aku agar dekat di sisiNya.

coretan dari hati Nabilah Pauzi~~

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan