Isnin, 18 Mac 2013

07 di bagan datoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di bagan datoh - Google Blog Search


BroHamzah: Hijrah Ke <b>Bagan Datoh</b> Perak

Posted: 24 Feb 2013 06:46 PM PST

Jeti Bagan Datoh Yang Mendamaikan.

Hidup Baru Di Bagan Datoh
Begitu pantas masa berlalu, bagaikan "tanpa" sedar sudah 3 minggu kami sekeluarga di tempat baru yang menjadi tapak baru kehidupan kami sekeluarga.
Bumi ini sebenarnya, amat asing bagi saya dan zaujati. Ya. Seumur hidup belum pernah menjejaki ke sini, dan saya – inilah kali pertama "mendengar" nama tempat ini dan inilah kurniaan Allah SWT kepada kami untuk menghirup udara segar Bagan Datoh!
Kami berhijrah dengan semangat, perasaan dan impian yang baru. Sejujurnya, jiwa dan hati saya sudah lama "merasai" saat untuk berhijrah tetapi tidak tahu ke mana sehingga pada tanggal 4 Februari 2013. Panggilan telefon yang mengesahkan penempatan zaujati di Perak dan Maha Suci Allah SWT yang memilih kami sekeluarga untuk "berkampung" di Bagan Datoh.
Kawasannya yang menghijau, dipenuhi pokok kelapa sawit, dan untuk sampai ke sini – perlu melalui Bidor, Setiawan dan Teluk Intan. Perjalanan yang ditempuhi hampir 10 jam dari Kota Bharu, benar-benar menggamit perasaan kecil saya.
Alhamdulillah. Mindsetting awal saya kepada zaujati, agar sama-sama jadikan hijrah ini sebagai satu langkah untuk maju kehadapan dan meningkatkan kualiti kehidupan yang lebih baik. Kualiti yang bagaimana?
Kehidupan yang lebih dekat, akrab dan hampir dengan Allah SWT. Ya. Keberadaan kami di bumi yang asing - tiada sesiapa yang kami kenal,perlu banyak belajar, lebih berdikari dan berdepan dengan manusia-manusia yang baru – membuatkan kami perlu perbanyakan persandaran dan pergantungan hanyasanya kepada Allah SWT.
Itulah yang saya rasai saat ini. Tempoh penyesuaian dan settledown semua perkara serentak amat-amat menghimpit dan memberikan cabaran serta dugaan kepada saya dan zaujati. Tetapi, Maha Baiknya Allah SWT yang mempermudahkan segala kesukaran yang kami lalui. Kepayahan disusuli dengan kemudahan demi kemudahan.
Ya Allah, kepada-Mu lah kami berserah.
Ya Ilahi, kepada-Mu lah kami sentiasa bersangka baik.
Ya Rabbi, kepada-Mu lah kami sandarkan segala-galanya.
Banyak perkara, perasaan, pengalaman dan perkongsian yang ingin dicoretkan. Namun, saya biarkan ia berlalu tanpa rakaman. InsyaAllah, saya hajatkan sedikit sahaja kekuatan, kesempatan dan peluang untuk menukilkan semua itu dalam kotak minda dan relung jiwa – sebelum ianya mampu diukirkan dengan mata pena maya di pondok teduhan saya ini.
Selepas ini, bagaimana? Apa cerita Yob?

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved