Isnin, 18 Mac 2013

07 di tambun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di tambun - Google Blog Search


<b>Tambun</b> Berpotensi Jadi Pusat Hab Halal <b>Di</b> Perak – Perak Today

Posted: 21 Feb 2013 11:50 PM PST

Kawasan Industri Halal Park yang terletak di Tambun berpotensi besar berkembang menjadi pusat hab halal yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan pengeluaran produk halal di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Hamidah Osman berkata, hasrat tersebut mampu direalisasikan berdasarkan kerjasama yang bakal dilaksanakan antara SIRIM Berhad dan Majlis Amanah Rakyat(Mara) bagi meningkatkan kualiti produk halal yang akan dikeluarkan.

"Kalau kita hendak tingkatkan kualiti produk kena ada akreditasi sebagai seperti Good Manufacturing Practice (GMP) di mana dengan adanya akreditasi ini, usaha-usaha memasarkan produk ke peringkat tinggi akan menjadi lebih mudah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kilang pengusaha Bumiputera di Kawasan Industri Mara, dekat Tambun sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Mara Mohmad Nor Yahya dan Pengerusi Persatuan Halal Park (KIM), Abdullah Sani Shaari.

Menurut beliau, akreditasi yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM akan menambah keyakinan kepada pemborong dan pembeli luar terhadap standard serta kualiti produk yang dipasarkan oleh pengeluar.

Oleh itu, Hamidah berkata, sebuah syarikat pemasaran perlu diwjudkan bagi mengendalikan aktiviti pemasaran bagi kesemua 54 pengusaha yang terdapat di Halal Park ini.

"Promosi produk-produk ini juga perlu diperhebatkan lagi kerana pengeluaran produk yang bagus, ada akreditasi dan ada standard tetapi kalau tidak ada pemasaran strategik yang konkrit, maka ia tidak dapat mencapai sasaran," katanya yang melihat keperluan pemasaran sebagai usaha menaik taraf industri yang beroperasi.

Selain mempertingkatkan standard kualiti produk halal, Hamidah turut memberitahu mengenai kerjasama antara negeri-negeri utara Malaysia dan selatan Thailand bagi memperluaskan produk halal negara.

"Saya lihat pendekatan yang kita boleh buat dalam masa terdekat di mana kita boleh bawa 54 pengusaha melihat industri ada di Thailand dan wujudkan kolaborasi supaya ada produk 40 peratus disiapkan di sana dan 60 peratus lagi disiapkan di sini.

"Apabila siap sepenuhnya, kita boleh eksport gunakan jenama produk Malaysia yang ada logo halal," katanya.

Antara lima negeri yang terlibat dalam kerjasama tersebut ialah Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved