Isnin, 18 Mac 2013

07 di beruas - Google Blog Search

07 di beruas - Google Blog Search


BN Yakin Rampas Kerusi Parlimen <b>Beruas</b>, DUN Pantai Remis <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2013 11:28 PM PST

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyuarakan keyakinan kerusi Parlimen Beruas dan DUN Pantai Remis akan dirampas semula daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada kerja kuat yang dilaksanakan jentera BN, sekaligus telah meningkatkan sokongan rakyat kepada parti berkenaan.

"Saya berharap calon yang bakal bertanding mewakili Parlimen Beruas akan meneruskan tradisi cemerlang bekas Presiden Gerakan, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik yang pernah berkhidmat selama 22 tahun di kawasan ini.

"Walaupun pengumuman calon yang dipilih ini akan meneruskan tradisi kecemerlangan parti Gerakan di Beruas," katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan negeri Perak di Pantai Remis, sebentar tadi.

Hadir sama Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Naib Presidennya, Datuk Chang Ko Youn.

Mengulas lanjut, Zambry berkata rakyat Beruas boleh menilai dan membuat pertimbangan antara khidmat wakil rakyat pembangkang dengan kerja keras yang dilakukan pihak BN.

"Mengenai kedudukan Pantai Remis pula, kita jangan lupa kerusi ini pernah dimenangi BN dan jangan sesekali membuat kesimpulan kawasan ini kita tidak boleh buat apa-apa lagi.

"Dengan calon dan perpaduan yang baik serta disertai gerak gempur yang terancang, kita yakin Parlimen Beruas dan DUN Pantai Remis akan dirampas kembali daripada pihak pembangkang," tambahnya lagi.

Walaupun pengumuman rasmi belum dibuat Perdana Menteri, Ko Youn disebut-sebut sebagai calon BN yang akan bertanding di Parlimen Beruas atas tiket parti Gerakan.

Pada pilihan raya 2008, kerusi Parlimen Beruas dimenangi Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham selepas menewaskan Ko Youn manakala DUN Pengkalan Baharu dimenangi calon BN iaitu Datuk Hamdi Abu Bakar dan DUN Pantai Remis pula dimenangi oleh Setiausaha DAP, Nga Kor Ming.

Terdahulu, Zambry dalam ucapannya berkata, rakyat perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon BN yang telah bekerja keras sejak 2008 lagi bagi membantu dan menyelesaikan masalah rakyat Beruas.

"Calon BN ini sentiasa turun padang dan membantu rakyat Beruas dan selepas empat tahun bekerjasama, berilah sokongan kepada beliau pada pilihan raya nanti," tambahnya lagi.

Lebih 2,000 masyarakat Pantai Remis dan kawasan sekitarnya tidak melepaskan peluang menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina itu yang turut diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian beberapa penyanyi cilik.

Di penghujung majlis, Zambry dan tetamu kenamaan lain tidak lupa menyampaikan ang pau kepada lebih 300 kanak-kanak yang yang berusia bawah 12 tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan