Isnin, 18 Mac 2013

07 di pasir salak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di pasir salak - Google Blog Search


YONG SUKA KUNING: LAWAK <b>PASIR SALAK</b>: MASUK UMNO

Posted: 04 Mar 2013 04:24 PM PST

Pagi itu Ulis dan Lajoh datang ke kedai makan Haji Ismail. Mereka datang menaiki motorsikal. Seperti biasa lepas mengucapkan salam mereka terus mengorder nasi lemak dan roti canai dengan teh tarik. Haji Ismail balas salam Ulis dan Lajoh walaupun tahu wajah mereka tak pernah kelihatan di surau atau masjid.
"Naik motor nampak?" Tegur Haji Ismail
"Baru baiki. Hahaha." Jawab Ulis. Nampaknya gembira bebenor dia.
Ketika duduk, Ulis dan Lajoh terpandang Usop sedang membaca surat khabar yang siapapun tak nak beli. Sebab itu surat kabar itu diberi percuma oleh orang-orang tertentu. Itupun tak setiap hari. Haji Ismail yang open-minded letak saja di kedainya untuk dibaca oleh pengunjung. Akbar Keadilan dan Harakahpun ada. Itu Haji Ismail beli.
"Kamu baca apa Usop?" Tanya Ulis.
"Hahaha...Agaknya pasal siapatu yang bertunang bini orang...Hahaha." Sampuk Lajoh.
Huh, orang kampung pun tahu skandal dan cerita artis. Demer ada Astro!
"Takdelah," Jawab Usop. "Ini aku tengah baca cerita ahli PAS masuk UMNO ni...Katanya di Pasir Salak."
"Huh? Ada gambor tak?" Ulis nampak begitu berminat.
"Ada. Tapi kurang jelas." Jawab Usop.
"Tengok...Gambor kami ada tak?" Tanya Lajoh sambil bangun dari kerusi.
"Apa kena mengena dengan kamu pulak?" Haji Ismail menyampuk dari belakang kaunter. Dia tahu Ulis dan Lajoh bukan ahli PAS.
"Akuler yang masuk UMNO tu. Hahaha. Kalau tidak, macam mana aku nak baiki motor tu...." Jawab Ulis dengan bangga.
"Betul. Dah tiga kali kami masuk UMNO. Hahaha." Kata Lajoh pula.
Ulis dan Lajoh sebenarnya Orang Asli yang tinggal di sebuah perkampungan yang terletak di Pasir Salak. Tak tahu siapa kena tipu dek Orang Asli ni.

Sumber Cerita asal: Bad Pasir Salak.


PATUTLE BILA DEKAT PRU RAMAI YANG MASUK UMNO.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved