Isnin, 18 Mac 2013

07 di gopeng - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di gopeng - Google Blog Search


DS Zambry Lawat Dua Warga Emas <b>Di Gopeng</b>, Serah Sumbangan <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2013 07:56 PM PST

Lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke dua teratak usang yang didiami warga emas, Wan Soo Mui dan Chang Sooi Kwai di Kampung Kopisan Baru, dekat Gopeng pastinya menceriakan suasana menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang bakal diraikan Ahad ini.

Ditemani isterinya, Datin Seri Saripah Zulkipli dan Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, ketibaan Zambry di perkarangan rumah Soo Mui, 75, kira-kira jam 9.50 pagi tadi disambut dengan senyuman ceria terukir di wajah warga emas berkenaan.

Tinggal bersendirian sejak 50 tahun lalu, warga emas yang mempunyai seorang anak perempuan itu langsung tidak menduga Menteri Besar Perak akan datang melawat rumahnya sempena Tahun Baru Cina.

"Saya sangat gembira apabila dimaklumkan Menteri Besar akan melawat rumah saya yang keadaannya sudah usang kerana terlalu lama dibina dan bumbung rumah juga bocor di sana-sini.

"Apabila hari hujan, air akan membasahi ruang tamu dan saya terpaksa membersihkannya seorang diri memandangkan anak saya tinggal di Kampar," kata warga emas itu yang kematian suami kira-kira 10 tahun lalu.

Ditanya bantuan yang diperlukan, Soo Mui menegaskan, beliau amat berbesar hati sekiranya ada pihak sudi membaiki kerosakan rumahnya dengan kadar segera.

Sementara itu, Sooi Wai, 72, yang tinggal di kampung itu sejak lapan tahun lalu turut menghidap penyakit asma, sekaligus menjejaskan tahap kesihatannya apatah lagi beliau juga tinggal berseorangan di rumah berkenaan.

Katanya, isterinya sudah lama meninggal dunia manakala dua anaknya masing-masing tinggal di Kuala Lumpur dan Singapura.

"Sebahagian struktur rumah papan ini sudah reput dan apabila hujan, air akan membasahi ruang tamu yang menjadi tempat saya melelapkan mata," tegas Sooi Kwai lagi.

Mengulas lawatan Menteri Besar Perak ke rumahnya, beliau menegaskan ia cukup bermakna apatah lagi bakal meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang berbaki dua hari lagi.

"Sangat gembira kerana Menteri Besar sudi datang melawat rumah saya dan menyampaikan angpau serta sumbangan Tahun Baru Cina," katanya.

Sebelum itu, Zambry dan isterinya sempat bertanya khabar dan beramah mesra dengan kedua-dua warga emas itu yang juga jiran sekampung dan kemudiannya menyerahkan sumbangan angpau dan hamper kepada mereka.

Bercakap kepada pemberita, Menteri Besar menegaskan, lawatan itu adalah sebahagian usaha kerajaan negeri turun ke bawah untuk membantu golongan rakyat yang masih dibelenggu kemiskinan.

Katanya, bantuan yang disalurkan kerajaan negeri melalui YBUDR tidak pernah mengenal batas agama dan kaum.

"Isu kemiskinan adalah perkara yang perlu diatasi dan hal ini, kita tidak mengira siapa mereka ini.

"Selain itu, bantuan juga disalurkan kepada golongan miskin pada setiap perayaan utama tidak kira Deepavali, Tahun Baru Cina mahu pun Hari Raya," tegasnya lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved