Selasa, 19 Mac 2013

07 di bagan serai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di bagan serai - Google Blog Search


Taiping Mali: Tsunami melanda puak pembangkang <b>di Bagan Serai</b>

Posted: 18 Mar 2013 04:37 PM PDT

PAS Kawasan Bagan Serai dalam mesyuarat parti baru-baru ini telah membuat ketetapan akan bertanding di Parlimen Bagan Serai dan tiga Dun .
Dun itu Semanggol,Selinsing dan Alor Pongsu.Walaupun DS Anwar telah mengumumkan Dr Mohd Nor Manuty bertanding di Bagan Serai. 
Pas Bagan Serai tetap menyatakan akan bertanding di semua kerusi dun dan parlimen itu. 
Foto menunjukkan YB Ustaz Ramli Tusin dan YB Hj Husein Din serta saf pimpinan PAS Bagan Serai menunjukkan komitmen untuk bertanding dalam PRU 13 kali ini.
Lebih 500 pemuda India, di sini bersedia memboikot mana-mana calon luar yang dipilih PR untuk bertanding kerusi Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya pucuk kepimpinan parti tidak mengutamakan keperluan calon tempatan.

Semalam, episod bantahan pencalonan Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai berterusan apabila lebih 20 pemuda India menyokong Pakatan Pembangkang mengadakan demonstrasi susulan menuntut pucuk pimpinan PKR meletakkan calon tempatan.

Demonstrasi kali kedua dalam tempoh sebulan itu menguatkan lagi spekulasi penyokong PR di sini mula mengorak langkah memprotes pencalonan Dr Muhammad Nur sekaligus menimbulkan desas-desus berlakunya masalah dalaman dalam PKR Perak.

Jurucakap kumpulan, P Arumugam, 28, berkata, bantahan susulan dibuat berikutan bimbang berlakunya episod ulangan senario lompat parti sepertimana berlaku terhadap penyandangnya, Mohsin Fadzli Samsuri yang keluar PKR dan menjadi calon bebas.

Menurutnya, mereka kini sudah trauma dengan tindakan wakil rakyat PR keluar parti dan mengenal pasti peletakan bukan calon tempatan menjadi faktor insiden sebegini berlaku.

"Penyokong PR melihat kepentingan peletakan calon tempatan merupakan satu keperluan bagi memulihkan keyakinan pengundi yang sebelum berasa 'dikhianati' dengan keputusan Mohsin menjadi calon bebas walaupun memenangi kerusi Parlimen atas tiket PKR.

"Soal sama ada calon yang dipilih berpelajaran tinggi dan berpelajaran agama tidak penting memandangkan kami difahamkan calon sebelum ini mempunyai dua ijazah, tetapi lompat parti disebabkan tidak mempunyai asas kepartian teguh.

"Dalam soal politik, bukan soal ketinggian pelajaran dan ilmu agama menjadi ukuran, sebaliknya cara pergaulan dengan rakyat dan pegangan prinsip politik adalah indikator penentu kejayaan seorang wakil rakyat," katanya sewaktu ditemui media di Ladang Gula, semalam.

Seorang lagi wakil kumpulan, V Balamurugan, 31, berkata, selain faktor anak tempatan, pihaknya turut melihat kepentingan peletakan faktor calon berketurunan Banjar bagi mewakili masyarakat Bagan Serai yang terdiri 70 peratus orang Banjar.

Menurutnya, penyokong PR di parlimen mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan suara anak muda dan tidak memandangkan rendah terhadap kemampuan anak tempatan disebabkan calon anak tempatan merupakan orang paling dekat dengan masyarakat.

"Pada PRU13 ini, kami menggesa pucuk kepimpinan PKR mendengar suara rakyat dengan meletakkan calon pilihan kami bertanding di sini.

"Kami juga tidak menolak kemungkinan untuk memboikot mana-mana calon luar yang diletakkan di sini memandangkan kami tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah pilihan raya lalu kami diabaikan wakil rakyat dipilih," katanya.

Pas kawasan bagan serai melanggar PKR dengan mengambil keputusan sebulat suara ingin bertanding Kerusi Parlimen milik PKR dan DUN Alor Pongsu dalam pilihanraya 13

Situasi ini yang terbaru memberi tamparan hebat kepada pengerusi PKR,Dr. Muhammad Nur Manuty dan PKR Cabang Bagan Serai sesudah disusun beberapa siri demonstrasi oleh penyokong parti itu bagi membantah pemilihan Dr. Muhammad Nur sebagai calon untuk parlimen Bagan Serai.

Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Bagan Serai,Ramli Tusin pula lansung tidak berbincang dengan Cabang PKR,lansung mengambil keputusan sebulat suara dari 57cawangan PAS aktif tanpa berbincang dengan Cabang PKR di kawasan tersebut dengan andaian kebimbangan pepecahan PKR yang menajadi punca kegawatan Pakatan Negeri Perak.

YDP PAS lansung tidak memaklumkan kepada Pakatan Pusat ingin bertanding lagi cuma akan tetap pada calon PAS akan bertanding di Bagan Serai.

Juga dimaklumkan bahawa YDP PAS Bagan Serai memberitahu bahawa Pepecahan PKR yang begitu serius di Negeri Perak terutamanya di Bagan Serai membuktikan kelemahan yang nyata Pakatan yang lansung tiada berpakat sehingga berebut kerusi yang telah dirancangkan sebelum ini.

PAS Bagan Serai sudah bergerak secara bersendirian meninggalkan Pakatan,ini menunjukkan pepecahan pakatan sudah berlaku bukan sahaja di Pusat,malah di akar umbi juga berebut-rebut kerusi.

Kenyataan kenyataan terbuka di media membuktikan pepecahan-pepecahan yang amat kritikal pepecahan dalam PKR dan PAS Bagan Serai makin emruncing dan gagal diselamatkan.

Tempoh masa yang begitu singkat sebelum pilihanraya 13 ini membawa bencana besar kepada pakatan perak kerana gagal menyelesaikan masalah dalaman walaupun sudah diberikan masa yang cukup sebelum ini.Ditambah pula dengan tindakan puak PAS membuat kenyataan sebegini menyukarkan kerjasama PKR dan PAS di Bagan Serai.

PAS Bagan Serai meletakkan calonnya di 2 tempat ini juga bukan sahaja langgar dan ingkar arahan Pakatan negeri tetapi juga melanggar arahan Nik Aziz dan Hadi Awang Kepimpinan PAS Pusat atau semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat.

Konsep Tahalul Siyasi juga dilanggar oleh PAS Bagan Serai menyebabkan pembahagian Pakatan negeri dan pusat dilanggar akibat merebut pembahagian kerusi Bagan Serai.

Maka,kalau beginilah cara pakatan mentadbir keputusan,hancurlah Negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved