Selasa, 19 Mac 2013

07 di kerian - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di kerian - Google Blog Search


myBancik: Pocong <b>Di Parit Buntar</b> ?

Posted: 03 Feb 2013 02:41 AM PST

22 Rabiulawal 1434

Bancik rasa macam cerita Hantu Kak Limah pulak bila terbaca mengenai berita tentang Pocong di tempat tanah tumpah darah di Tanjung Piandang. Ini berikutan laporan di Sinar Harian Online yang melaporkan bahawa MB Perak dengan sinis mengatakan "Tidak logik dan keterlaluan!" Mungkin itu persepsi timbul apabila kisah tahyul pun dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Sama ada mahu percaya atau sebaliknya, itulah hakikat berlaku di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau.

Barangkali terdesak atau ketandusan strategi berkempen, kisah pelik itu didakwa menjadi pilihan pemimpin Pakaran Rakyat (PR) di kawasan tersebut.

Heboh di sini memperkatakan kononnya pemimpin PR telah memanipulasi 'kekalutan' kemunculan pocong seperti didakwa penduduk sebagai natijah kepada projek pembangunan yang dilaksanakan.

Timbul cerita, pemimpin PR didakwa mengaitkan kehadiran pocong berkeliaran menakutkan penduduk kampung itu kononnya ada kaitan beberapa projek diusahakan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN), seolah-olag satu petanda buruk bakal berlaku kepada penduduk. Dakwa seolah-olah tidak masuk akal dan 'melucukan'.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia tidak masuk akal dan amat melucukan

Zambry berkata, beliau difahamkan terdapat wakil rakyat PR menggunakan isu kehadiran pocong berkeliaran bakal memberi impak buruk kepada penduduk.

Menurutnya, dakwaan tersebut adalah gambaran sebenar betapa ceteknya pemikiran pemimpin PR sehinggakan terdesak 'menjual' cerita tahyul turut dimainkan untuk memberi gambaran buruk kepada Kerajaan Negeri.

Bancik percaya bahawa ulasan Zambry ada asasnya kerana setahu Bancik Zambry mungkin lebih tahu kerana beliau pernah bersekolah di Parit Buntar. Ini maklumat daripada Arwah Abang Bancik iaitu Bancak yang pernah duduk seasrama dengan beliau. Takkan le Pocong tu tak kenal Zambry ye?  Sebetulnya kalau ada Pocong tu adalah disebabkan terlalu banyak bulan mengambang di Tanjung Piandang tak? Atau Pocong tu nak ingatkan kita agar jangan pandai-pandai jual kalimah Allah untuk habuan dunia dan peringatan kepada kita bahawa kita juga akan dibungkus macam pocong bila dah tak bernyawa lagi.

Atepun Bancik minta saudara Mamat Khalid pergi ke Tanjung Piandang dan promote Parit Buntar sikit bagi glamer. Ataupun agaknya Pocong tu marah, asyik-asyik bila PRU asyik guna calon import aje tak kiralah belah manepun....Setahu bancik yang pernah tidur di batas bendang sorang-sorang jaga guni-guni padi yang tak sempat hantar ke kilang, tak ada ape pun berlaku walaupun ketika itu dimomokkan ada misteri berdekatan di sebuah Kampung yang terkenal sebagai Misteri Kampung Said....di Tanah Seratus Sungai Bakau.

 Menurut laporan itu lagi "Sebenarnya, projek pembangunan Kampung Tersusun di kampung itu merupakan satu projek contoh membuktikan Kerajaan Negeri prihatin dengan kebajikan penduduk apabila bersetuju membina penempatan baru setelah kawasan sedia ada diambil alih untuk pembinaan Rancangan Tebatan Banjir(RTB).

"Keadaan kampung itu pada masa kini jauh berbeza dengan keadaan sewaktu saya hadir ke sana buat pertama kali dan saya berharap rakyat menilai perubahan yang cuba dilaksanakan Kerajaan Negeri secara bijaksana,"katanya pada sidang media di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Nam Hwa, di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhad Mat Nayan, Pegawai Daerah Kerian, Kamaruddin Awang, Presiden Pertubuhan Belia 4b Kebangsaan, Muammar Ghadafi Jamaluddin, Penyelaras Dun Kuala Kurau, Mohd Salleh Md Disa, Penyelaras Dun Titi Serong, Abu Bakar Md Ali dan Penyelaras Parlimen Parit Buntar, Abdullah Salleh.

Majlis itu turut menyaksikan Zambry menyerahkan lesen bot nelayan dan peralatan keselamatan kepada 182 nelayan kawasan Kuala Kurau selain menyampaikan sumbangan kepada 60 persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Kerian.

Zambry berkata, lawatan sehari ke daerah Kerian pada kali ini juga bukan gimik pilihan raya memandangkan beliau sendiri sudah mengadakan lawatan ke sini lebih sepuluh kali.

Menurutnya, sepanjang kehadiran beliau ke Parlimen Parit Buntar, hampir sebahagian besar janji Kerajaan Pusat dan Negeri kepada rakyat berjaya dipenuhi selain menyelesaikan banyak permasalahan rakyat.

Maklumat lanjut : SH Online

Kalau betul ada pocong, Bancik nak balik dan lakonkan watak Awie macam filem Hantu Kak Limah tu....

Wallahualam


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved