Selasa, 19 Mac 2013

07 di pasir salak - Google Blog Search

07 di pasir salak - Google Blog Search


PAS KAWASAN <b>PASIR SALAK</b>: Jika BENAR : Advantange buat PR <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 07:43 PM PST

Jika BENAR : Advantange buat PR Pasir Salak! atau ... cerdiklah kalian.

Timbul persoalan siapakah yang bakal mengantikan tempat Tajuddin Ramli di Pasir Salak.Perbagai spekulasi telah dibuat ,

Jangan merasa terkejut kalau anda dapati Zambry Abd Kadir akan bertanding disana sebagai Ahli Parlimen.Sebenarnya kawasan Kg Gajah,Pasir Salak,Bota dan Belanja adalah kawasan yang ahli ahli UMNO merasa cukup selamat untuk bertanding walaupun kawasan Parit telah membuat perubahan pada tahun 1969 dan 1999.Namun secara pukulratanya BN menganggap kawasan kawasan ini adalah kubu kuat dan kawasan selamat mereka.


Peralihan Zambry ke Parlimen Pasir Salak ini dilihat sebagai "misi menyelamat pemimpin BN " kerana sememangnya BN sudah melihat bahawa di Negeri Perak sudah tiada harapan untuk BN kembali berkuasa.Sekiranya Zambry dikekalkan di peringkat DUN,beliau akan jadi ketua pembangkang yang tiada kuasa pemerintahan.Ini dilihat sebagai suatu kerugian bagi pemimpin pemimpin UMNO/BN.Untuk mengelakkan perkara seperti ini terjadi maka pemimpin pemimpin terpilih ini terpaksa dialehkan ke Parlimen,kena BN merasakan mereka mampu lagi mengekalkan kuasa di peringkat Persekutuaan.

Tambahan lagi kawasan yang bakal ditandingi oleh Zambry adalah kawasan "selamat".Namun dari gerakkerja yang ditunjjukan oleh Pas Kawasan Kg Gajah,Parlimen Pasir Salak bukanlah suatu kawasan yang mudah kepada BN lagi.Didalam PRU segala kemungkinan boleh terjadi.Dengan kuasa Allah,apa apa pun boleh berlaku.


Laporan dari Telok Bakong Online.

Siapa yang bertanding? anda sebagai voters perlu lebih bijak bukan seronok terkinja2. 

Peperangan PRU ini perlu kepada pengalaman dan selok belok persenjataan minda, bukan saja suka-suka dan tak perlu dengar kata mereka yang terdahulu darinya. 

Kematangan berpolitik diukur dengan kejayaan berfikir dan membuat keputusan berpasukan bukan semata-mata melihat gelombang dan silauan kemenangan sedangkan , keupayaan dan pertahanan diri masih jauh ketinggalan. Wang bukan segala-galanya , namun wang , tenaga , pengaruh dan kewibawaan penentu kejayaan. Silakan ...

PAS KAWASAN <b>PASIR SALAK</b>: Bangsat , lu sudah main kotor <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 07:13 PM PST

20 Februari , lokasi di Pejabat Operasi HalWa & Bilik Operasi PAS Kampung Gajah. Kelihatan 2 banner telah dibakar hangus pagi tadi. Kejadian disedari oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut. Apakah salah banner tersebut, atau ada hati-hati yang sakit bilamana kedua-dua bilik operasi PAS ini telah mula dibuka.

Ini strategi kasar sedang dicetuskan oleh BN Pasir Salak.

Laporan Polis telahpun dibuat, walaupun kami jangkakan mungkin tiada tindakan di pihak berkuasa , namun sedarlah bahawa membakar bendera & banner bilik operasi ini seumpama membakar semangat kami untuk terus agresif dan bersiap sedia tempur jika diperlukan.


Ini bukan kali pertama berlaku, namun sabotaj terhadap banner PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Pasir Salak sentiasa ada dalam situasi menghadapi PRU. Doa dan solat hajat akan dilakukan agar pengkhianat ini akan diberikan balasan setimpal oleh Allah dan manusia menerusi ilham-Nya.
Bendera PAS bersaiz besar 10' juga telah dibakar lokasi Jambatan Sg Perak , Kg Gajah.
Ini suatu kesalahan besar dalam undang-undang. !!!!!
INGAT.... Anda telah memulakannya ....  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan