Jumaat, 15 Mac 2013

07 di gerik - Google Blog Search

07 di gerik - Google Blog Search


Kampung Belum Baru <b>Gerik</b>.... Melawat Mak <b>di</b> sana

Posted: 25 Feb 2013 06:58 PM PST


Beberapa hari menyepi. Sibuk sangat dengan aktiviti tak sempat nak membuka cik computer pun. Hari ni ambil kesempatan peluang yang ada untuk update blog yang tak seberapa ni. Ada cerita yang saya rasa nak kongsikan kat sini dengan sahabat semua :).

Hari Ahad lepas saya telah melawat ibu yang kini menetap dengan adik yang baru je berkahwin 10/11/12 yang lepas. Sekarang diarang tinggal di Kampung Belum Baru, Gerik, Perak. Satu kawasan yang jauhhhh sangat dari tempat saya. Kalau dulu masa tinggal di Bukit Gantang terasa le cepat sikit nak sampai. Kalau balik pun jab je dah sampai. Kali ni baru terasa umpama balik kampung yang sebenar heheh. Dah lama tak dapat feeling yang macam tu. Sejak pindah balik ke kampung tinggal dekat dengan mertua dan mak dah kurang best feelingnya.


Masa lintas kawasan rumah mak anak-anak start bertanya apsal lajak pulak sebab kata nak tengok opah. Heheh... Pelik diarang sebab yang diarang tahu opahnya tinggal kat Bukit Gantang. Lepas diterangkan baru diarang faham heheheh. Sepanjang jalan asyik bertanya bila nak sampai. Hahahah tu le kalau biasa dekat tetiba jauh. Masing-masing tak sabar nak jumpa opah diarang. Yang letihnya ibu ayah le nak menjawab yang jauh lagi hihih.

Dari Padang Rengas kitarang turn ke Lubuk Merbau. Ikut jalan tu nak ke Gerik. Sepanjang jalan nampak hutan, sawahdan ladang penduduk kampung. Berselang seli dengan rumah-rumah. Best gak le pemandangan. Apa yang saya perasan (baru terperasan sebenarnya heheh) kebanyakan rumah lepas je kawasan Lubuk Merbau tu terus kurang locate di tepi-tepi jalan besar. Kebanyakkannya menganjur masuk ke dalam yang guna satu je jalan yang hubungkan jalan besar masuk ke kampung. Jadi kebanyakan rumah adalah secara berkelompok dan berdekatan antara satu sama lain. Berbanding yang biasa kita tengok seperti kat tempat saya tinggal ni kebanyakannya dibina sepanjang jalan besar. Jadi kedudukan rumah-rumah jadi agak berjauhan antara satu sama lain. Rasa best gak le kalau duduk berkelompok sebabnya terasa meriah dengan orang yang lalu lalang.

Kat sini saya tengok aktiviti ekonomi diarang lebih kepada sawah di sesetengah tempat, menoreh getah dan sikit kawasan ditanam pokok kelapa sawit. Ada gak le aktiviti lain seperti berniaga, ladang, ternak ikan/udang (tak sure which one) dan lelain. Nampak best gak ada kepelbagaian dalam kedamaian sebab sepanjang jalan penuh dengan pokok-pokok dan segala macam tumbuhan. Nampak kurang pencemaran, kurangnya kawasan yang diceroboh (diambil tanah atau ditevbang pokok) dan kurangnya bagunan kedai-kedai yang kadang kala menyesakkan.


Kiatarang sampai sekitar jam 2 petang. Masa yang cukupppp sesuai kalau dihidangkan apa-apa je hidangan tengah hari hehehe. Mak hidangkan kari daging. Makan masa perut tengah lapar bersama nasi panas... Perghhhhh... Sorry ar kalau bertambah dua tiga pinggan hehehhe. Dah makan baru nak nyesal... Ada ke patut hahahah.

Mak pun nampak dah makin berisi sikit. Wajah pun ceria semacam je. Mungkin dah tak terasa kesunyian lagi dah kot. Kalau dulu di kampung asal kitarang kat Bukit Gantang tu memang sunyi je. Nak pulak dia duduk sensorang memang sayu le hati. Anak-anak ajak tinggal dengan kami dia tak nak sebab katanya rumah kat kampung dekat dengan masjid. Mudah untuk dia solat di masjid, hadiri majlis keagamaan dan sebagainya. Dah adik kahwin dan ada rumah yang selesa, dia pujuk mak untuk tinggal bersama. Dengan dia mak tak susah dipujuk, anak bongsu le katakan heheh. Tapi yang bestnya rumah dia pun beberapa tapak je untuk ke masjid. Memang sesuai le sangat dengan jiwa mak. Agaknya tu yang bertambah ceria. Nak pulak jiran-jiran tinggal berdekatan antara satu sama lain. Keluarga mertua adik pun tinggal dekat dan rajin gak lepak dengan dia untuk sembang-sembang. Lagi syok le mak hehe. Tak der lagi dah nak sembang dengan cik kucing je hehehe.


Lepas bersembang dan lepak-lepak beberapa jam kitarang pun berangkat balik. Kang lelama kang sian pulak kat beloved adik ipor ku sorang lagi ni. Masa mana pulak le member nak manja-manja dengan wifenya. Udah le kawan tinggal jauh sesekali je balik heheh. Masa kitarang ziarah tu pun dia baru je sampai dari Pahang. Hehehh korang rasa le pulak berulang alik jumpa partner korang yer... Akak punya turn dah habis. Dulu lagi penat tiap minggu kena balik. Tak leh rehat kena kerja kat kedai pulak hehehe. Lama mana le agak-agak diarang akan berulang-alik nih heheheh. Tak per... Jauh-jauh macam ni le bila dah dekat rasa nak berkepit je selalu untuk melepas rindu heheheh.
Dalam perjalanan balik kitarang lintas lagi Tapak Arkeologi Lenggong. Agak-agak bila le ada peluang nak singgah melawat. Dah lewat memang tak berani singgah. Takut sebab kitarang ni jenis lemah sikit takut gak kot sangkut apa-apa yang tak sesuai. Nak pulak yang dipamer tu barang-barang lama. Lagi risau. Cegah sebelum parah ;).

Lenggong ni macam yang saya cerita dulu terkenal dengan penghasilan Ikan Pekasamnya. Tapi tu le mungkin tak kena hari tak banyak gerai yang bukak. Atau mungkin kitarang yang tak terperasan sebba mata dan minda dah fokus pada satu signbord yang dibina kat tepi jalan tu yang tunjuk nama 'Kiah Pekasam Enterprise'. Hehehhe cam yang kat dalam Astro tu pulak yer tak.... Ala yang Rozita Che Wan berlakon tuuuuu. Jadi memang bercadang le nak pergi ke sana je cari ikan pekasam. Kot-kot Rozita Che Wan yang menjualnya hehehehh.


Dari jalan besar kitarang belok ke kanan, lalu kawasan Tasik Raban yang best tu (sempat ar singgah jab menikmati pemandangan) dan jalan terus sampai nampak satu sign kecik yang tunjuk ke arah kampung tempat lokasi bengkelnya. Mula-mula cuak gak sebab masuk kampung orang tapi sib baik ada beberapa penduduk kampung yang tengah bergotong royong nak pacakkan bendera. Almaklum la nak mengundi niiii. Diarang le yang tunjukkan arah.

Sampai je kat bengkel terus kitarang berjumpa ownernya sendiri Mak Cik Kiah yang secara kebetulan ada kat laman. Bengkel dia bersebelahan rumah je. Lepas nyatakan hajat nak beli Ikan Pekasan kami dibawa masuk ke dalam bengkel. Lepas pilih jenis-jenis ikan yang kitarang nak sempat le jugak chit chat serba sedikit dengan Mak Cik Kiah tu. Oiiih dah 34 tahun youuuu dia berniaga. Memang otai la heheh. Saya pun baru je belajar berlari masa tu heheh.

Dari situ baru tahu yang 'Kiah Pekasam Enterprise' yang dok tayang di Astro tu sebenarnya adalah cita asal mak cik tu le. Pernah diarang shooting kat bengkel tu pun. Tapi yang yang tak bestnya promosi kat Mak Cik tu tak der langsung. Siap kata di Perlis pulak tempat asalnya.. Kesian dia. Mak Cik tu pun tak dapat apa-apa pun sumbangan ke bayaran ke sebab katanya dia yang sudi bagi. Segala jalan cerita dan gaya semua sama... Katanya. Tapi at least syarikat produksi tu sumbang le sikit yer tak selain dari cerita yang betul yang asal Kiah Pekasam tu di Lenggong Perak bukan di Perlis. Kalau tak nak bayar pun kurang-kurang bagi promosi untuk produknya sebab dah ambil cerita Mak Cik tu untuk buat untung. Mak Cik tu pun harus dah sign pelbagai agreement tu yang dia pun kata tak pe la... (dalam nada lemah). Tu le nasib orang kampung... Selalu je orang ambil kesempatan.



Tapi okay gak bila Mak Cik Kiah ni wataknya dimainkan oleh Rozita Che Wan heheheh. Cun tu hahahah. Harus Mak Cik Kiah suka kan..... Tapi Cik Rozita Che Wan kita pun makin glamer dengan watak ni. Agak-agak nak tukar tak jadi cik Kiah Pekasam je terus macam Usop Wilcha tu hehhehe.
Produk Kiah Pekasam ni katanya dah sampai ke Brunei. Isk memang hebat le dengor. Agak-agak Produk 2 Puteri bila le ada rezeki nak lebarkan sayapnya sampai ke sana heheh. Tapi apa pun yang pentingnya kuatkan pasaran dalam Malaysia dulu baru sesuai berangan nak takluk dunia yer tak. Ni kalau orang kampung sendiri pun tak kenal camno heheh. Tak per itu cabaran untuk 2 Puteri tuu... Kalau kuat dalam Malaysia ni baru le boleh nak melangkah ke negara-negara lain sebab masa tu baru le langkah tu perkasa sikit heheh. Doakan yer ;).
Nak alamat dia? Ni saya kongsikan.... Kiah Pekasam Enterprise Kampung Pengkalan Ikan, Kuak, Lenggong, Perak. Antara jenis ikan pekasam yang dijual ialah Ikan Loma, Ikan Sepat, Ikan Lampam, Ikan Campur, Ikan Talapia dan Ikan Gelama. Mak Cik ni jual 3 peket ikan yang boleh dicampur mana kita suka RM10.00 je. Kira ok le kan heheh. Laman webnya tak der pulak tapi yang ni je saya jumpa.... Facebook page di sini. Agak-agak nak lawat ke, tempah ke apa ke sila la yer... Kalau saya tengok dah kuat dah Mak Cik ni.... Yer la 34 tahun memang jauh beza le sesangat denga nkitarang yang baru 2 tahun 6 bulan ni yer tak heheheh. Banyak yang dah diterima dan dah jauh langkahnya. Ni kira promosi free dari kami di 2 Puteri untuk Mak Cik Kiah sekeluarga. Kalau tak sesama kita bantu siapa lagi yer tak.... Insyaallah benda baik Allah je balas heheheh... Aaamiin :).

Tak sempat lagi nak masak ikan pekasamnya.. Rasanya tengah hari ni molek benar mencubanya..... Cuaca redup lepas hujan, makan dengan nasi panas dan sayur kobis goreng. Ok kot kombinasinya hehehe.

Horror : Kisah Seram <b>Di</b> Highway Bukit <b>Gerik</b> <b>...</b> - Aku Stress Giler

Posted: 17 Dec 2012 06:37 AM PST


Jom baca kisah seram yang dikongsi oleh seorang pembaca di forum CariGold... Layan~
Mggu lepas kami sekeluarga dpt berita adik Ipar aku eksiden motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu.
Jadi kami sekeluarga diminta utk balik mlm tu juga...
Tetapi dlm perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dpt call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah... Allah lebih sayangkan dia... Al-Fatihah...
Jadi kami teruskan juga perjalanan keTrg dgn hati yg tabah...
Setelah semua selesai, Ahad mlm Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yg perlu disiapkan, dan kami bertolak dari K.Trg dlm 10.30mlm...
Mula masuk H'way Bukit Grik dlm 1.30 pagi... dan sepanjang prjalanan aku rasa mcm biasa..cuma bini aku ckp dia pening dan rasa nak muntah..mgkn sebab jln bengkang-bengkok...
Alhmdllah, kami sampi ke Grik dlm kul 4.10pagi gitu, dan kami stop kat R&R sebab aku nak p toilet...
mcm biasa aku lock kereta kalau aku tggl sat anak bini aku, tapi alhmdllah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm...
Tiba-2 kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas p tgk kereta aku, tak ada apa-2 berlaku...
Then aku p dptkan bini aku, dia nmpk mcm takut...
Aku tanya kenapa? Dia kata ada org lalu mundar mandir depan keta aku tu, tgk direct kat depa dlm keta...
Then, masa tu keta aku berbunyi...Then tiba-2 org tu hilang...
So aku pujuk bini ckp maybe org driver lorry dkt-2 situ yg lepak sama....
Then kami teruskan perjlanan ke Penang... start nak masuk H'way baru Grik-Baling dlm kul 4.30pagi...
Aku nampak kabus tebal... Rasa berat hati nak teruskan...ingat nak U-turn...jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jln aku nak U-turn...
Tapi bila terus...still takder lampu jln, sebab bateri solar utk lampu tu dah habis kot...
so aku make desicion teruskan perjlanan...
Tiba-2 aku rasa semcm jer...Then bini aku tiba-2 mcm terkejut!
Aku pesan kat dia baca apa yg patut...Aku pun sama baca apa yg patut...
Then tiba-2 aku rasa keta aku mcm berat... aku tekan myk juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4... masa tu turun bukit! Hangpa bayangkan turun bukit guna gear 4
Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit... Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit...Tapi ini turun bukit gear 4.
Alhmdllah depan kami ada lori balak..rasa ringan semula...
Bila aku dah overtake lori tu...tak lama aku rasa berat balik...
Mcm tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4...Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku....
Sepnjg nak kuar h'way tu nak sampai ke Baling, dlm 3-4 kali aku rasa mcm tu...
Kadang-2 aku mcm terasa nak tgk tepi cermin...tapi bila tgk takder apa-2...
Alhmdllah, kami dpt kuar dari H'way tu dan sampai ke Baling...
Then takder rasa apa-2...Lepas tu ada bukit-2 nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5.... 
Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku ckp kat bini aku... (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-2 kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ...)
Lepas aku ckp kat bini aku, barulah bini aku rasa 'burden' yg dia rasa tadi hilang tiba-2..rasa lega...
Kami selamat sampai rumah kat seberang jaya dlm kul 7.30 pagi...
itu pun aku sempat lagi p beli nasi kandar kat Jalil bagan...
Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku...
Bini aku ckp, masa perjalanan nak ke K.Trg pun dah ada nampak benda pelik...
Dia nampak mcm org tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia...
Then masa nak balik ke Penang, still org yg sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum.
Then dia kata masa kat H'way Grik Baling tu org tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dgn beranikan diri buat tak tahu jer...
Kuat juga bini aku. Tahniah!
Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga...Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat...
Dia ada nmpk mcm benda putih follow kereta kami... Nauzhubillah..!
Tapi Alhamdullah, kami selamat sampai rumah....Then kami cerita benda tu kat family kat kg,... Adik ipar aku yg sorang tu cerita, dlm bulan lepas, member dia terbabas kereta kat H'way Baling Grik sebab rasa benda yg sama..kereta rasa berat, then lost control terbabas...
dia kata kami Alhamdullah kuat juga dpt lawan....

Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu H'way Baling grik tu, kalau boleh jgn lewat sgt..Tunggu sat kat Pekan Grik tu...dah masuk subuh, then boleh la kot tempoh jln tu...
Tapi kalau kuat, belasah jer...
Lagi kalau korang ada any experience or info tntg topik aku bukak ni, boleh la share kat sini...
At least takder la member-2 kita kena benda yg sama aku kena..or maybe lagi teruk!

P/s: Aku ada dgr, ada org nmpk mcm kepala terbang masa lalu h'way tu... Ye la, sebab byk bukit kena potong sebab nak buat h'way tu..Mgkn ganggu tempat 'depa'....
Wallahualam.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan