Jumaat, 15 Mac 2013

07 di kinta - Google Blog Search

07 di kinta - Google Blog Search


<b>Kinta</b> Menjerit : Lahad Datu : Konspirasi kapal perang US berada <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2013 07:06 AM PDT


"Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit. "Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer)," lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.  

















Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013. Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef. Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. 

 Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina "The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know," USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina. "There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm)," 

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang. Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang. Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun. 

 Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.




<b>Kinta</b> Menjerit : Gangster curi kereta ditembak mati oleh polis <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 02:30 PM PST


Seorang penjenayah dipercayai 'ketua gengster' yang sangat dikehendaki polis ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di ladang kelapa sawit Sungai Wangi, Sitiawan dekat sini, awal pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, suspek dikenali Farid Abdul Hamid, 25, dari Ayer Tawar, Manjung mempunyai empat rekod jenayah sejak 2006 berhubung kes bunuh, samun kenderaan mewah dan dadah di sekitar Manjung, Sitiawan, Teluk Intan dan Slim River. Menurutnya, insiden berkenaan bermula apabila sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah terserempak dengan sebuah kereta jenis Naza Citra berwarna hitam dipandu suspek berlegar-legar dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 4 pagi di Sitiawan.

"Polis yang mengekori suspek mendapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu dan didaftarkan atas kereta jenis Proton Waja, bagaimanapun suspek yang menyedari dirinya diekori bertindak memecut kereta ke arah Kampung Baru sebelum terbabas di kawasan ladang sawit Sungai Wangi. "Suspek kemudiannya melepaskan tembakan ke arah polis yang mengenai cermin tempat duduk pemandu kenderaan tersebut, demi mempertahankan diri, anggota polis tersebut bertindak membalas tiga das tembakan dan mengenai suspek," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim dan Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba. Akibat tembakan itu, suspek mati di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan polis ke atas kenderaan tersebut turut menemui beberapa barangan.

Paramasivam berkata, pemeriksaan ke atas suspek dan kereta itu menemui sepucuk revolver jenis .38, tiga butir peluru dan kelongsong, sebilah parang panjang, beg silang berisi lesen memandu suspek dan sepaket plastik lutsinar mengandungi syabu. Katanya, suspek terbabit dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes tembak seorang mekanik di Taman Sejati, Sitiawan pada 10 November tahun lalu.

"Kereta yang digunakan itu juga sebelum ini dilaporkan hilang di Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur pada 7 Mei tahun lalu. "Selain itu, suspek dipercayai sering melakukan jenayah bersama kumpulannya di sekitar Manjung," ujarnya.

Paramasivam percaya, pihaknya telah dapat menyelesaikan sembilan kes yang berlaku di sekitar Manjung sejak 2011. "Kami akan meneruskan siasatan dan menjejaki konco-konco suspek yang masih bebas di luar sana," katanya yang sebelum ini memberitahu beberapa ahli kumpulan yang bekerja di bawah suspek pernah ditahan dan didakwa di mahkamah pada tahun lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pada sidang media yang sama, Paramasivam memberitahu, Bahagian Siasatan Jenayah Nakortik Daerah Ipoh berjaya menyerbu sebuah rumah yang dipercayai dijadikan makmal pemprosesan dadah di Bercham. Bagaimanapun, polis yang telah membuat pemerhatian selama seminggu itu hanya menjumpai peralatan untuk memproses dadah tetapi tidak menjumpai sebarang dadah di dalam rumah tersebut.

Namun, pihak polis berjaya menjumpai satu beg plastik berisi 149 biji peluru hidup jenis 99MM dan 28 biji peluru jenis .22 di belakang rumah berkenaan. Katanya, polis masih melakukan siasatan dan belum membuat sebarang tangkapan berkenaan kejadian tersebut. Dalam pada itu, Paramasivam mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang telah banyak memberi kerjasama dan maklumat yang dapat membantu polis menyelesaikan kes-kes jenayah di negeri ini.

*sumber dari beberapa laman sesawang akhbar tempatan

> Syabas PDRM...

<b>Kinta</b> Menjerit : Pok Nik Takut Hudud Jadi <b>di</b> Kelantan

Posted: 12 Mar 2013 10:22 AM PDT

Baca Kronologi Proses Permohonan Kelantan Utk Melaksanakan Hukum Hudud (sejak tahun 1993)




1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan rakyat.

3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.

4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.

5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.

8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

9. Dr Mahathir kata, okey... teruskan. Kita nak tengok...

10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.

15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).

16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.

17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan