Jumaat, 15 Mac 2013

07 di langkap - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

07 di langkap - Google Blog Search


Rakaman video ceramah Anwar Ibrahim <b>di Langkap</b> Perak: Bukan <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2012 09:24 AM PST

DUNIA ITU: <b>Di</b> mana &#39;Pok Kob <b>Langkap</b>&#39;?

Posted: 30 Dec 2012 06:11 PM PST

Manoharan menunjukkan gambar dua lelaki yang dikehendaki untuk membantu siasatan. Seorang lagi suspek yang dikenali 'Pejal Langkap' masih disiasat.


KUALA TERENGGANU - Polis sedang menjejaki lelaki dikenali sebagai 'Pok Kob Langkap' serta dua lagi anggota 'geng pemerasan' yang dipercayai memaksa peniaga di negeri ini memberikan wang perlindungan bulanan kepada mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, 'Pok Kob Langkap'  berusia  32,  yang berasal dari Kampung Langkap Baru, Permaisuri, Setiu itu, dipercayai ketua kumpulan berkenaan yang dikenal pasti buat pertama kalinya cuba bertapak di negeri ini.

Katanya, 'geng pemerasan' yang didalangi lima lelaki Melayu itu berjaya dihidu hasil susulan laporan polis yang dibuat mangsa, 67, seorang peniaga yang memiliki premis perniagaan di Kampung Dalam, di sini, 11 Disember lalu.

"Mangsa mendakwa telah didatangi tiga lelaki Melayu, pada 10 Disember lalu kononnya diupah seseorang untuk mengutip wang perlindungan sebanyak RM3,000 yang wajib dibayar setiap bulan sebelum menerima panggilan telefon ugutan daripada seorang lelaki Melayu kononnya premis perniagaannya akan diganggu sekiranya enggan.

"Mangsa menerima dua kali panggilan telefon daripada suspek sama sebelum menyedari premisnya telah disimbah cat dan susulan kejadian itu, mangsa yang ketakutan mengambil keputusan membuat laporan di balai polis," katanya kepada pemberita, semalam.

Manoharan berkata, ekoran laporan diterima, polis menubuhkan satu pasukan khas menyiasat kes berkenaan memandangkan ia melibatkan kes pemerasan pertama kali di negeri ini dan tidak mahu ia berleluasa.

"Hasil siasatan, pada 21 Disember lalu kami menahan dua suspek dan hasil siasatan berjaya menemui identiti ketua kumpulan 'geng' berkenaan serta dua lagi suspek dikenali 'Pejal Langkap' dan 'Lan Minyak' yang dipercayai berusia lingkungan 31 tahun," katanya.

Katanya, kelima-lima suspek berkenaan dipercayai antara kumpulan penarik kereta yang dikenali di negeri ini.

"Jadi, kami berharap orang ramai yang mengenali lelaki ini, dapat tampil memberi maklumat kepada pihak polis dengan menghubungi balai polis berhampiran atau hubungi talian  017-5191964 atau 019-3375766," katanya.

Selain itu, Manoharan turut mengingatkan peniaga-peniaga yang pernah diugut serta pernah membayar wang perlindungan kepada kumpulan berkenaan dapat tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

"Kami yakin, masih ramai dalam kalangan peniaga yang menjadi mangsa keadaan tidak membuat laporan polis mungkin kerana bimbang keselamatan mereka diganggu.

"Jadi, saya menasihatkan kepada mereka ini agar jangan sesekali takut untuk memberi kerjasama kepada polis kerana kami memberi jaminan segala identiti dan maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya.

Manoharan berkata, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut.

Sinar Harian 31 Dis 2012

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved