Jumaat, 15 Mac 2013

07 di jelapang - Google Blog Search

URL Sumber Asal :-

07 di jelapang - Google Blog Search

Menu &#39;Harimau Bakar&#39; <b>Di</b> Restoran Herba dan Ikan Bakar Rojam <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2013 06:35 AM PDT

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

daging bakar harimauKebiasaannya nasi putih, ikan bakar, ulam-ulaman dan sambal belacan menjadi sajian pilihan untuk menu makan tengah hari.

Namun berbeza pula dengan menu di negeri jelapang padi ini. Ini kerana menu daging bakar yang dinamakan 'harimau menangis' menjadi antara sajian yang mendapat sambutan baik dalam kalangan pengunjung di

Kebiasaannya nasi putih, ikan bakar, ulam-ulaman dan sambal belacan menjadi sajian pilihan untuk menu makan tengah hari.

Namun berbeza pula dengan menu di negeri jelapang padi ini. Ini kerana menu daging bakar yang dinamakan 'harimau menangis' menjadi antara sajian yang mendapat sambutan baik dalam kalangan pengunjung di Restoran Herba dan Ikan Bakar Rojam, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.

Menu daging bakar harimau menangis itu mula diperkenalkan sejak restoran itu dibuka pada Januari tahun lalu. Menu itu kini menjadi menu yang paling banyak menerima tempahan daripada masyarakat sekitar.

Pengurus restoran tersebut, Shahril Shuib berkata, ilham untuk menyajikan menu daging bakar harimau menangis timbul selepas diperkenalkan oleh seorang sahabatnya yang dikenali dengan panggilan Mejar.

"Pada mulanya, saya tergelak mendengar nama harimau menangis ketika diperkenalkan oleh Mejar. Ini kerana saya belum pernah mendengar menu itu walaupun ia sudah terkenal di Thailand.

"Sebenarnya daging bakar harimau menangis adalah daging lembu yang terletak di bahagian pinggang dan menurut orang tua-tua, pinggang lembu antara bahagian yang akan digigit terlebih dahulu oleh harimau dan sekiranya tidak dapat, ia akan menangis," katanya ketika ditemui S2 di restorannya baru-baru ini.

Daging yang dijual bermula dengan berat 200 gram itu akan diperap terlebih dahulu dengan menggunakan herba seperti stivia, halia dan madu sebelum dibakar. Bahan cicah untuk menu itu adalah air asam atau sambal kicap yang diperah dengan air limau.

Shahril berkata, menu daging bakar harimau menangis sering menjadi pilihan pelanggan kerana di bahagian tersebut terdapat isi dan lemak daging yang sedap.

Katanya, menu daging bakar harimau menangis dijual pada harga sekitar RM5 hingga RM10 mengikut berat daging tersebut.

Tambah menarik, pengunjung juga dapat menikmati 24 jenis lauk lain termasuklah ikan bakar yang turut menjadi pilihan ramai.

"Terdapat beberapa jenis lauk seperti paprik dan pajeri yang kami masukkan herba untuk memberi rasa yang berbeza berbanding di kedai lain.

"Penggunaan herba dalam masakan menjadi trademark di restoran ini, di mana kami juga menyajikan sup gamat kepada pengunjung sekiranya mereka membuat tempahan awal," katanya.

Tidak hanya masakan yang disediakan menggunakan herba, pengunjung juga diberikan minuman herba mas cotek secara percuma untuk memberi kesegaran selepas makan tengah hari.

Restoran yang diusahakan oleh empat daripada enam beradik itu turut menyajikan bubur kacang percuma sebagai pencuci mulut kepada pengunjung pada setiap Ahad dan Khamis.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

"Sebelum membuka restoran ini, kami berniaga herba yang dikenali dengan nama Rojam. Kemudian saya dan keluarga terfikir untuk memperkenalkan lagi produk herba kepada orang ramai melalui masakan.

"Dari situlah kami mula membuka sebuah restoran di mana pengunjung dapat menikmati hidangan tengah hari, di samping merasai keistimewaan herba," katanya.

Pengunjung juga boleh membeli pelbagai jenis produk herba yang dijual di restoran yang dibuka mulai 10 pagi hingga 4 petang itu.

Incoming search terms:

pemimpin tua dalam umno mahu menongkat langit - <b>jelapang</b>

Posted: 25 Feb 2013 04:50 AM PST

Jelapang tertarik dengan satu artikel politik yang mencadangkan agar-agar pemimpin-pemimpin yang sudah berusia di Perak memberi laluan kepada muka baru dan orang muda untuk bertanding di dalam PRU-13.

Kata penulis tersebut:

"Justeru dalam memperkatakan perkara ini, sudah sampai masanya satu perubahan dari segi penampilan calon harus dilakukan dengan memastikan mana-mana pemimpin yang sudah ditolak atau akan ditolak rakyat jika mereka bertanding lagi, digugurkan.

Bagi pemimpin-pemimpin yang berada dalam kategori ini, mereka tidak usahlah bersikap hipokrit apatah lagi meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan parti. Apa yang penting sekarang ialah mempertahankan kekuasaan BN.

Oleh itu mahu tidak mahu, langkah drastik dan satu keberanian diperlukan daripada pucuk pimpinan parti di Perak untuk menggugurkan mana-mana pemimpin yang dilihat umum, nama pun sudah kalah.

Bagaimanapun ini bukanlah bermakna kita hendak menafikan sumbangan pemimpin-pemimpin lama yang sudah berkhidmat kepada parti tetapi senario politik semasa tidak mengizinkan mereka untuk terus 'menongkat langit' bagi bertanding dalam pilihan raya."
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130224/re_10/Mempertahankan-BN-di-Perak

Jelapang berpendapat pendekatan ini tidak seharusnya diperkenalkan di Perak. Ia sepatutnya dijadikan pendekatan di peringkat pusat oleh Perdana Menteri dan mana-mana parti politik yang bertanding di dalam PRU-13.

Tetapi malangnya pemimpin golongan tua seperti Rais Yatim, Nor Mohamed Yakcop, Nazri Aziz, Mohamed Aziz, Shahril Samad, Tajuddin Rahman, Ghani Othman, Shahidan Kassim dan lain-lain masing merasakan mereka relevan dalam suasana politik negara pada hari ini.

Nazri Aziz yang di selubungi pelbagai isu masih mampu membuat kenyataan berikut: "Saya, Zahid Hamidi dan Ahmad Husni jauh lebih tinggi dari menteri besar. Jadi menteri besar turun pangkat, saya tidak pernah dengar orang idam nak turun pangkat. Kami hendak bertanding kerusi Parlimen dan kami harap perdana menteri terus melantik kami dalam jemaah menteri. Kami tidak minat jadi menteri besar."
http://www.sinarharian.com.my/politik/nazri-aziz-saya-tak-minat-jadi-mb-1.133969

Dan ini pula kata Shahril Samad yang kini berusia 64 tahun: "Sekiranya Perdana Menteri mengarahkan saya bertanding lagi, ini merupakan PRU terakhir saya dan saya akan mendidik penganti saya."
http://www.nst.com.my/nation/general/mp-driven-by-job-not-survival-1.223358

Ini lah masalah yang dihadapi oleh Umno. Yang tua mahu menongkat langit.

Ada juga yang bersedia melepaskan jawatan untuk generasi muda tetapi dengan syarat penggantinya mestilah samada anak atau menantunya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

BLOG PERAK

Copyright 2010 All Rights Reserved