07 di tapah - Google Blog Search |
Dua Maut Bas Ekspress Rempuh Treler <b>Di Tapah</b> | Blog Berita Online Posted: 22 Feb 2013 03:38 AM PST
Dalam kejadian 7 pagi tadi, mangsa yang maut ialah pemandu bas ekspres, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang bas, Abdul Rahman Noh, 59. Seorang mangsa yang merupakan pemandu lori, M.V. Saravanan, 24, berkata, bas terbabit cuba memotong lorinya namun disebabkan ada sebuah kereta di bahagian kanan, bas itu tidak sempat mengelak. "Tiba-tiba bas muncul dari arah belakang dan langgar sisi kanan belakang lori saya dan terbabas ke bahu kiri lebuh raya.
Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang manakala lori itu dari Shah Alam menuju Pulau Pinang. Pasukan bomba membantu mengeluarkan penumpang yang tersepit dan tercedera. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Som Sak Din Keliaw berkata, bas itu dinaiki 10 penumpang dan seorang pemandu. Katanya, pemandu dan seorang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima cedera parah dan empat yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan. Manakala pemandu lori dan kelindannya, K.Subramaniam, 21, serta pemandu kereta juga tidak mengalami kecederaan. "Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan yang cedera menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh," katanya. " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from di tapah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan