Jumaat, 15 Mac 2013

07 di malim nawar - Google Blog Search

07 di malim nawar - Google Blog Search


Banduan Mati Dalam Lokap Balai Polis Kampar | MyNewsHub

Posted: 11 Mar 2013 06:35 PM PDT


IPOH – Seorang banduan yang dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan selepas didapati bersalah mencederakan seorang peniaga, Isnin minggu lalu, ditemui mati dalam lokap di Balai Polis Kampar, pagi kelmarin.

Lelaki berkenaan, M Ragu, 47, ditemui mati dalam keadaan terbaring di sel pada jam 8 pagi oleh seorang pengawal lokap yang sedang menggerakkan 11 suspek lain untuk bersarapan.

Si mati seorang pengganggur ditahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata di sebuah kedai di Malim Nawar.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, Pegawai Perubatan Hospital Kampar mengesahkan lelaki berkenaan meninggal dunia ketika dipanggil ke lokap.

"Ketika kejadian, lelaki berkenaan tinggal berseorangan di dalam sel itu. Selain pegawai perubatan, Majistret Mahkamah turut hadir dan mengesahkan bahawa tiada unsur-unsur jenayah berlaku.

"Mayat dibawa ke Hospital Kampar dan seterusnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan oleh 'Pulmonary Embolism'(PE) selain mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan trauma pada tubuhnya.

"PE disebabkan arteri utama paru-paru tersumbat menyebabkan gejala kesukaran bernafas, sakit dada dan mengakibatkan tekanan darah rendah serta boleh berlaku kematian secara tiba-tiba.

"Sepatutnya, Ragu dibawa ke Penjara Tapah hari ini (semalam) selepas dijatuhkan hukuman Jumaat lalu dan dia mempunyai 18 rekod lampau bermula dari tahun 1985," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan ahli keluarga yang tidak berpuas hati dengan tindakan polis, Paramasivam mengarahkan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ng Kong Soon untuk lengkapkan siasatan secepat mungkin.

"Saya meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan yang sewajarnya akan dijalankan. Kita tidak pernah melindung apa-apa dan sekiranya ada pihak bertanggungjawab, tindakan akan diambil mengikut undang-undang," katanya. – Sinar Harian Online

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan