Jumaat, 15 Mac 2013

07 di pantai remis - Google Blog Search

07 di pantai remis - Google Blog Search


Deli sweetsour: mee sanggul <b>PANTAI REMIS</b>

Posted: 20 Jan 2013 12:00 AM PST


Korang pernah makan tak??
Nostalgia menggamit kenangan....
teringat ketika usia aku masa tu  masih belum bersekolah....antara 5 @ 6 tahun.... masa tu aku dan famili menetap di pantai remis. Rumah ketika itu betul2 di simpang tiga- disimpang bruas,, pantai remis dan taiping..Sekarang bila nak pergi Lumut / P.Pangkor mesti lalu depan bekas tapak rumah tu...teringat kenangan manis zaman kanak2.
Mandi air telaga, berlari2an ke kebun kelapa sawit sambil nyanyi lagu Sharifah Aini (helang....?), mandi air hujan yang bertakung dalam alunan tanah pasir. Bila tiba musim buah mempelam berbuah aku dan adik beradik yang lain akan berebut buah yang jatuh dalam parit. Aroma buah yang jatuh dalam parit tu pun  aku dok teringat sampai la. Yang paling seronok berkawan dengan kambing2 (masa tu bapak bela kambing), sampai kambing tu aku buat tunggangan., bermain sendirian (main bawak bas) di bawah pokok janggus, bila menyapu sampah, time nak bakar sampah tu biji gajus tu kami bakar dan makan. bila nak  beli kopok, p kedai Pak Chaq, Bapak aku masa ni dah pencen dan selalu ulang alik ke Manong naik motor, bila petang aku akan tunggu apak balik sambil intai- intai kat gon( jalan naik bukit) kut2 dah sampai.
Tapi rumah tu dah takde semenjak aku masuk U, dengan sekali tanah tu bapak aku dah jual...maklumlah masa tu bapak aku tengah kesempitan duit. 
 Masa dok sana lah aku dapat merasa makan mi sanggul ni. Apa-apapun kenangan makan mi sanggul ni mesti teringat zaman tu....pagi2 lagi ayah aku@ mak beli pada makcik menjual .. specialnya dibungkus dalam daun pisang. Cara bungkusannya seperti  bungkus tapai kemudian diselit dengan lidi... ha.. dengan lidi tu lah aku makan sebagai pengganti sudu..aroma daun pisang menyedapkan lgi rasanya.....
Jauh pulak aku terkenang.....mee ni memang special... sebab hanya ada kt pantai remis jeee...walaupun ada versi yang makan dengan sup,,,, tpi masa tu aku hanya ingat versi tak bersup.... versi yang bersup tu org sana panggil laksa mi... pernah cuba makan di rumah teman masa raya 3@4 tahun lepas.... katanya laksa mi pangkor...
Selalunya masakan ni kakak aku yang rajin buat bila dia mai bertandang rumah aku..Aku tak penah tanya dia camna buat..So bila nak buat ni kenalah cari resipi. At last aku jumpa kat my resipi. tapi aku tak buat sup dia .hanya sambal je......jelah bukan nak buat mee laksa

Bahan-bahan  (5-6 orang)

  • * 2 bungkus mee sanggul

  • Sambal mee:-
  • 4 cm belacan
  • 10 bawang merah
  • 8  ulas bawang putih
  • 10 tangkal cili kering.....aku masuk bberapa sudu cili kisar
  • 2 camb udang kering
  • 3 keping asam keping
  • garam n gula

Cara-cara

  1. Sambal mee:- - kisar bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering, udang kering - tumis bahan2 yg dikisar sampai wangi n masak - masukkan asam keping,gula n garam secukup rasa
  2. mee  dan kacang panjang dicelur sampai lembut n blhh leer dicampur bersama sambal

MeNarA KehiDupaN: <b>Pantai Remis</b> Kuala Selangor

Posted: 19 Dec 2012 05:53 PM PST

Cuti sekolah ni kami bawa anak2x pergi pantai remis di Jeram, selangor. Maka... seronok la bebudak tu nak pi pantai... masing2x dengan alatan memasing untuk beriadah di tepi pantai... Bila sampai di pantai rupanya air tengah surut.... Jadi bebudak tu semua main pasir je laaa sambil bersantai2x di tepi pantai.... sambil tu gerai makanan juga menjadi tumpuan kami anak beranak...

Pantai Remis Kuala Selangor terletak 20 kilometer arah selatan Kuala Selangor iaitu di Sungai Sembilang, Jeram yang mana ia merupakan salah satu lokasi " eko-pelancongan" yang semakin di gemari oleh pelancong.

Pengunjung dapat membeli belah disekitar kawasan pantai kerana terdapat beberapa usahawan yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kraftangan, buah-buahan, sayur-sayuran, hasil tangkapan dari laut, makanan serta minuman.

 Aktiviti bermain pasir ni la yang ditunggu2x... air pun tengah surut maka layan pasir je laaa... Cari kawasan redup bawah pokok maka 3 beradik ni pun leka hampir sejam setengah main pasir... bila haus je main order je kat gerai sebelah kami ni....

 Siap la sudah istana pasir yang dibina oleh mereka... dah habis main pasir baru boleh ajak balik... kalau tak ... memang muncung la memasing bila ajak balik...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan