Jumaat, 15 Mac 2013

07 di trolak - Google Blog Search

07 di trolak - Google Blog Search


<b>TROLAK</b> SELATAN: Konvoi "ANAK DERHAKA" dihalang memasuki <b>...</b>

Posted: 12 Dec 2012 06:28 PM PST

Ketegasan warga Felda Selasih, Besut menghalang Kembara Oren yang diketuai Mazlan Aliman Presiden "ANAK DERHAKA" daripada memasuki kawasan petempatan mereka patut dicontohi oleh semua warga Felda agar penyebaran fitnah yang cuba ditabur dapat dibendung. Slogan "Selamatkan Felda" yang dibawa oleh kumpulan ini ibarat gula-gula yang manis dirasa dan halua telinga yang sedap didengar namun hakikatnya ia tidak lebih daripada taburan fitnah yang tidak berasas yang sengaja diada-adakan. Felda sebagai sebuah organisasi yang besar tidak dinafikan memang terdapat beberapa kepincangan dan kelemahan dalam pengurusan dan pentadbirannya, namun segala kelemahan ini tidaklah membawa bencana sehingga boleh diibaratkan seperti sebuah bahtera yang hampir "karam" yang perlu  diselamatkan.

Apa yang dilakukan oleh kumpulan "ANAK DERHAKA" ini sebenar tidak langsung dapat membantu memajukan Felda, jauh sekali dapat "menyelamatkan Felda" jika Felda benar-benar bermasalah. Sebagai contoh, apakah dengan memfitnah Felda menjual hasil minyaknya ke Israel seperti yang diuar-uarkan dalam ceramah "Selamatkan Felda" yang mereka adakan dapat memberi manfaat kepada Felda atau warga Felda. Tentu sekali tidak. Selain ia merupakan suatu fitnah, apa yang diharapkan oleh puak-puak ini adalah supaya warga Felda khasnya dan orang Melayu amnya membenci Felda dan seterusnya membenci kerajaan yang difitnah bersekongkol dengan Israel dengan menjual minyak sawit kepada mereka.

Sebelum ini, kumpulan "ANAK DERHAKA" ini juga telah dihalang daripada memasuki Felda Lasah dan mendapat tentangan penduduk di Felda Ijok dan Sg. Tengi.

Di Felda Trolak Selatan, penduduk juga telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan padang awam bagi meluahkan rasa tidak puas hati serta bantahan terhadap Konvoi Oren yang cuba mengadakan ceramah pada malamnya. Namun Allah maha kuasa, walaupun penduduk gagal menghalang ceramah berkenaan tetapi hujan lebat beserta ribut telah berlaku sepanjang ceramah diadakan menyebabkan hadirin begitu sedikit yang kebanyakannya merupakan orang luar.
Lihat sini ...

Di dalam video di atas, terdapat wakil "ANAK DERHAKA" yang begitu pandai menggunakan istilah "Demokrasi dan HaK Asasi" seolah-olah memasuki kawasan perumahan dan menggunakan jalan raya itu "hak" mereka sepenuhnya. Tahukah wakil "ANAK DERHAKA" jika majoriti penduduk tidak suka "Konvoi Kembara Oren dan ANAK DERHAKA" memasuki kawasan petempatan mereka, seharusnya kumpulan ini patuh akan suara ramai. Jangan menganggap "Demokrasi dan Hak ASASI" itu kepunyaan mereka sahaja dan dalam masa yang sama menafikan hak orang lain. Akhir sekali ..... wajarkah kita membenarkan orang asing masuk ke rumah kita untuk memfitnah dan mencaci kita di dalam rumah sendiri ....... Jangan anggap orang tak tahu undang-undang sedangkan tingkah-laku sendiri menampakkan orang yang tak bertamadun ....

Fikir-fikirkan ........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan