Jumaat, 15 Mac 2013

07 di sitiawan - Google Blog Search

07 di sitiawan - Google Blog Search


Banjir <b>Di</b> DUN <b>Sitiawan</b>.. Mana ADUN <b>Sitiawan</b>??? - Tahukah Anda <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2012 03:17 AM PDT

Klik kat bawah

Black Panther: Banjir Di DUN Sitiawan.. Mana ADUN Sitiawan???: Hujan lebat yang bermula seawal jam 1.00 pagi mengakibatkan beberapa kawasan dalam DUN Sitiawan dilanda banjir kilat. Salah satunya i...

Asam Garam 2 PUTERI: Sejarah & Pelancongan : Daerah <b>Manjung</b> <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2013 04:37 AM PST


Salah satu dari pada daerah yang ada di Negeri Perak ni adalah Daerah Manjung. Tempatnya terkenal sebagai destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau Pangkor dan Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar negeri.
Sejarah

Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari Negeri - Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada dibawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dindings telah menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain dengan Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Abdullah. Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari 2 peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat - kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan diantara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.

Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen British iaitu Sir JWW Birch, menyerahkan Jajahan Dindings kepada British, Perlantikan Penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta Perak.

Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings adalah merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walaubagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun berkenaan. Alasan utama baginda, Perak tidak mempunyai kawasan berpantai. Istiadat penyerahan semula Jajahan Dindings kepada kerajaan Negeri Perak berlaku pada 16 Febuari 1935 bertempat di Padang Rest House Lumut.

Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah menyatukan jajahan berkenaan dengan Bruas dan kawasan - kawasan persisiran pantai bahagian selatan. Berikutan penyerahan itu Jajahan Dindings ditukar menjadi Iskandar District dan Tanah Merah (Lumut) ditukar namanya menjadi Port Iskandar. Pada tahun 1973, Daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama berkenaan berkekalan sehingga kini.

Pentadbiran kini


Pusat Pentadbiran Daerah Manjung kini terletak di Bandar Baru Seri Manjung yang merupakan sebuah kawasan perbandaran baru yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Perak melalui agensinya Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada awal tahun 1980an.

Daerah Manjung mempunyai beberapa kawasan perbandaran dan pekan lain seperti Bandar Sitiawan, Bandar Lumut, Bandar Pantai Remis, Pekan Ayer Tawar, Pekan Lekir, Pekan Pangkor dan Pekan Beruas yang merupakan kawasan yang sibuk dengan pelbagai aktiviti. Daerah Manjung dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak sejajar dengan kepentingannya di dalam menyumbang ke arah pembangunan maritim yang kaya di sekitar persisiran pantai daerah berkenaan.

Majlis Daerah Manjung telah dinaiktarafkan kepada Majlis Perbandaran Manjung pada November 2001 selaras dengan pembangunan hartanah yang semakin meningkat di sekitar daerah berkenaan. Jarak Lumut dengan Pusat Pentadbiran Negeri Perak di Ipoh adalah 90 km melalui Lebuhraya Ipoh - Lumut dan juga boleh dihubungkan melalui Jalanraya Pesisir Pantai yang menghubungkan Pekan Changkat Jering di utara Perak dengan Pekan Gelang Patah di Johor.


Terdapat 21 mukim di Daerah Manjung ini antaranya:
  1. Mukim Beruas
  2. Mukim Lekir
  3. Mukim Lumut
  4. Mukim Pengkalan Baharu
  5. Mukim Sitiawan
  6. Pekan Pasir Bogak
  7. Pekan Gurney
  8. Pekan Pengkalan Baharu
  9. Pekan Segari

Daerah Manjung juga terkenal sebagai pengkalan Tentera Laut Malaysia yang berlokasi di Lumut.

Warisan Sejarah



1) Batu Bersurat
Batu Bersurat terletak di Kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor (15 minit dari Jeti Pulau Pangkor). Ianya berhampiran dengan kawasan rumah nelayan di tepi pantai dan berhadapan dengan Kota Belanda (10 meter dari kota tersebut).

2) Kota Belanda
Kota Belanda terletak di Kampung Teluk Gedung iaitu di Selatan Pulau Pangkor (15 minit dari jeti Pangkor).

3) Muzium Beruas
25 November - 25 Disember 1991, sekumpulan penyelidik dari Muzium Negara, Kerajaan Negeri Perak dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah membuat kajian tentang kewujudan Kerajaan Gangga Negara. Artifak yang ditemui oleh orang kampung telah dikaji semula. Beberapa artifak-artifak sejarah telah ditemui. Artifak-artifak ini disimpan oleh Muzium Negara. Pihak Jabatan Muzium merasakan ke semua penemuan tersebut perlu ditempatkan di sebuah Muzium yang dinamakan Muzium Beruas, sementara kajian-kajian seterusnya dibuat dari semasa ke semasa.

Bangunan Mahkamah Beruas diubahsuai untuk dijadikan Muzium Beruas. Asalnya pejabat KEMAS kawasan Beruas. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia melalui Jabatan Muzium dan Antikuiti menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia ke-6 telah membiayai Muzium Beruas. 23 Mei 1995, Muzium Beruas diserahkan oleh Ketua Pengarah Muzium Negara kepada Kerajaan Perak. Julai 1995 Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli Ngah Talib merasmikan Muzium Beruas dan telah dibuka kepada orang ramai.

Pelancongan



Pantai, laut, pulau, hasil laut, tempat bersejarah, hutan bakau, hutan bukit dan kemudahan-kemudahan rekreasi adalah merupakan produk-produk pelancongan yang menjadi daya tarikan utama pelancong-pelancong tempatan mahupun luar negeri untuk datang ke Daerah Manjung yang indah ini. Di antara tempat-tempat menarik di daerah Manjung adalah seperti berikut:-

1) Pantai Teluk Batik


Teluk Batik terletak 7 km dari pelabuhan / Jeti Lumut, Perak. Pantainya sepanjang 2 km dikunjungi ramai para pelancong dalam negeri. Jika tidak menyeberang ke Pulau Pangkor, para pelawat ini akan berkelah di pantai Teluk Batik. Di sini juga merupakan lokasi Pesta Laut Lumut yang diadakan semasa cuti penggal persekolahan.

2) Pantai Teluk Rubiah


Teluk Rubiah terletak berhampiran dengan Teluk Batik, di pelabuhan Lumut. Teluk Rubiah menjadi terkenal kerana di sini kerajaan Malaysia menempatkan kawasan perumahan untuk keluarga tentera laut hasil pemindahan pangkalan tentera laut di Woodland, Singapura ke pelabuhan Lumut, Perak sekitar tahun 1978.

3) Teluk Segadas


Teluk Segadas ialah salah satu pantai peranginan yang terletak di Pulau Pangkor. Teluk Segadas terletak di sebelah selatan pulau Pangkor. Lokasinya yang terpencil dan tidak mempunyai infrastruktur menjadikannya sesuai bagi peminat aktiviti luar. Mereka yang hendak pergi ke Teluk Seqadas boleh menaiki teksi dari jeti Pulau Pangkor hingga ke Kampung Gedung. Mereka kemudian perlu menyusuri laluan hutan selama 15 minit sebelum sampai ke sana.

4) Lumut


 5) Pantai Teluk Gedung




Aktiviti
1) Sukan air atau water sport merupakan rekreasi yang utama di kawasan laut. Terdapat dua kelab kapal layar yang beroperasi di Lumut :
  • Perak Yacht Club
  • Samudera Yacht Club.


2) Terdapat dua buah bukit yang menjadi tempat rekreasi popular di daerah Manjung iaitu :
  • Bukit Engku Busu di Lumut
  • Bukit Pangkor di Pulau Pangkor.
Pelawat atau pelancong yang berjiwa mencabar boleh mencubanya di samping aktiviti meredah hutan. Beberapa kawasan untuk beristirahat juga telah dibangunkan.

Sumber: Majlis Daerah Manjung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan